Aircond di anggap sebagai salah satu peralatan yang penting di Malaysia, sama ada di rumah atau di pejabat. Sistem aircond juga berfungsi sebagai paru-paru di dalam sesebuah bangunan . Jika anda tinggal di negara ini, anda perlu memasang aircond yang baik untuk menjaga ruang udara persekitaran anda sekaligus membantu anda mengawal suhu persekitaran menjadi lebih sejuk kerana sepanjang tahun di Malaysia adalah musim panas.
Oleh itu, setiap unit rumah di Rawang, Sg Buloh dan Kepong harus mempunyai alat air cond bagi mengurangkan haba daripada pemanasan global. Walaupun ramai pemilik rumah menikmati kebaikan penyejukan penghawa dingin , mereka mengabaikan penyelengaraan dan sekaligus membawa kepada kesulitan serta permasalahan kepada aircon tersebut daripada berfungsi dengan baik.
ADA MASALAH DENGAN AIRDOND ? SILA CLIK SINI UNTUK DOWNLOAD EBOOK PERCUMA
Servis aircond di tempat Rawang Kepong dan Sungai Buloh amat penting bagi membolehkan ianya berfungsi pada tahap yang paling optimum terutamanya di saat kepanasan haba yang melampau. Kelebihan terhadap setiap penyelanggaraan penghawa dingin juga akan membantu meningkatkan jangka hayat unit tersebut, sekaligus menjimatkan wang anda bagi membaik pulih air cond anda, dan ianya juga akan menjimatkan kos bil elektrik anda.
Kepentingan Penyelenggaraan Aircond Mengikut Jadual
Anda pasti mahukan aircond anda berfungsi dengan baik, sejuk dan yang paling penting ianya sentiasa berada di dalam keadaan yang bersih untuk diguna pakai. Kehausan, kerosakkan dan kelusuhan boleh diperbaiki dengan penyelenggaraan yang kerap di sertakan dengan pembersihan, terutamanya pada saluran-saluran yang penting termasuk juga dengan komponen-komponen yang lain. Apabila unit penyaman udara anda dibersihkan dengan baik dan kerap, ia boleh membantu anda mengurangkan kos pembaikan serta menguntungkan anda dari masa ke masa. Walaupun kos terhadap perkhidmatan penyelenggaraan aircond mungkin kelihatan tinggi tetapi ini benar-benar berbaloi dalam jangka masa yang panjang.
Sistem penyejukan udara adalah asas pemampatan wap dibentuk untuk menyejukkan persekitaran melalui pendedahannya kepada satu cecair didih yang sejuk. Ianya juga merupakan sistem yang diperlukan bagi menghasilkan suhu pada sesuatu ruang. Permasalah terbesar bermula apabila gegelung pemeluwapan condenser coil tersumbat dengan kotoran sehingga menyebabkan haba panas yang di serap masuk ke dalam pemeluwapan gegelung tidak dapat melalui proses penyejatan bagi menghasilkan wap bahan pendingin bertukar menjadi cecair sejuk.
Sekiranya alat pemampatan compressor menjadi terlalu panas ia boleh mengakibatkan kegagalan pemampatan tersebut untuk berfungsi ataupun rosak. Gegelung pemeluwapan condenser coil harus bebas daripada sebarang kotoran dan sentiasa dalam keadaan yang bersih sewaktu ianya digunakan. Mulakan langkah anda untuk mendapatkan juruteknik yang terbaik di tempat Rawang, Sg Buloh dan Kepong bagi service sistem penghawa dingin anda.
Tujuan sebenar membersihkan kotoran pada penghawa dingin anda adalah untuk meningkatkan aliran udara pada tahap yang paling optimum. Ramai rakyat di Malaysia tidak sangat menitik beratkan tentang pembersihan penghawa dingin mereka kerana bagi mereka penyelenggaraan tidak perlu di lakukan.
Tips service aircond – Download pdf percuma di sini !
Jika hal ini berlarutan, ianya boleh memburukkan peredaran alam sekitar kerana penghawa dingin ini sudah tercemar oleh kotoran yang di serap. Hal ini terjadi adalah di sebabkan oleh keadaan di dalam unit tersebut seperti contoh kehadiran serangga-serangga yang mati, rambut, kuman dan debu membina sehinggakan menyekat proses pemeluwapan seterusnya menyebabkan udara yang di hasilkan menjadi terlalu panas sekaligus menghasilkan peredaran udara yang tidak bersih.
Baca lagi:
-
10 Sebab Mengapa Aircond Tak Sejuk
-
Tips Untuk Membeli Penghawa Dingin Mudah Alih
-
Cara Penggunaan Air-Cond Yang Betul Untuk Jimat Elektrik
Bagaimana Mengetahui Penghawa Dingin Anda Bermasalah?
Secara umum, hanya juruteknik yang pakar tentang aircond boleh mengenal pasti permasalah yang terjadi dengan tepat. Walau bagaimanapun, terdapat empat tanda yang anda biasa dapat lihat melalui penjagaan dan pemerhatian :
1. Bil Bulanan Tinggi
Sesetengah masalah tidak menunjukan semasa di matikan ataupun melalui bunyi yang kuat. Sebaliknya, penghawa dingin berfungsi seperti biasa, akan tetapi hakikatnya ia berfungsi jauh lebih sukar dan menggunakan lebih banyak tenaga untuk menjalankan tugasnya. Jika anda menyemak bil bulanan anda dan notis telah menunjukkan kadar kenaikan elektrik yang tidak dijangka, walaupun anda jarang menggunakannya. Ini adalah salah satu nya di mana unit anda memerlukan pembaikan.
2. Unit Dalam bunyi bising
Pengahawa dingin anda mengeluarkkan bunyi yang merimaskan sewaktu ianya berfungsi?
Terhasilnya sesuatu bunyi yang nyaring secara berulang-ulang dan berdengung. Hal ini menandakan bahawa penghawa dingin anda tidak berfungsi seperti biasa dan perlu di baik pulih dengan segera. Sekiranya anda yakin akan sesuatu bunyi yang di hasilkan olehnya, anda harus segera mendapat juruteknik bagi menyelenggara aircond anda.
3. Aliran Udara Rendah Atau Suhu Kurang Sejuk
Jika udara yang terhasil berkurangan, ini bermakna sistem aliran udara penghawa dingin anda tersumbat atau permasalahan terhadap kipas yang tidak dapat berfungsi dengan baik. Jika udara yang terhasil adalah lebih panas daripada yang sepatutnya, ia mungkin telah kehabisan bahan pendingin. Ia akan menyukarkan air cond anda untuk berfungsi. Pembaikkan terhadap aliran udara anda perlu di lakukan dengan segera oleh seorang juruteknik yang bergalaman yang berdekatan di kawasan Kepong ,Rawang dan Sungai Buloh.
4. Bau Kurang Menyenangkan
Penghasilan satu bau yang seakan-akan terbakar akan terhasil daripada aircond anda dan biasanya petunjuk komplikasi elektrik atau sesetengah komponen aircon anda telah menjadi begitu panas sehingga menyebabkan ianya benar-benar terbakar. Jika sistem aircon anda berbau seperti ianya terbakar, ini adalah kecemasan. Anda harus menghubungi juruteknik dengan segera .
Perkhidmatan Penyelenggaraan Aircond Adalah Keperluan Terhadap Peningkatan Kualiti Udara Dalaman Di Malaysia
Memeriksa dan menggantikan penapis sekerap yang mungkin adalah cara yang terbaik bagi mengekalkan penghasilan udara yang baik. Setiap bulan pengantian penapis aircon adalah menjadi satu kewajipan dan anda boleh melakukannya dengan lebih kerap terutamanya pada musim kepanasan global. Seterusnya, pastikan aircon anda dibersihkan daripada debu dan kotoran untuk mendapatkan penghasilan udara pada tahap yang optimum.
Untuk meningkatkan kecekapan fungsi penghawa dingin , pastikan anda membersihkan bahagian luar secara teliti dengan menggunakan hos khas. Selain itu, anda perlu melakukan servis penghawa aura bagi unit anda pada setiap tahun bagi keberkesanan penghawa dingin anda berfungsi dengan baik.
Tanpa penyelenggaraan rutin, tahap kecekapan aircond anda mungkin akan berkuraangan sebanyak 5% setiap tahun. Walaupun air cond yang anda miliki adalah daripada aircond jenama yang terbaik dan paling mahal, sekiranya penyelenggaraan tidak di lakukan mengikut aturan jadual yang tetap ia akan menambahkan kos perbelanjaan anda sekaligus menyebarkan udara yang tidak sihat kepada anda.
Servis air cond rumah di Rawang Sg Buloh Kepong – 4 Manfaat Pembersihan Aircond (Video)
Kuman Dan Kotoran Penyebab Utama Penyakit Alahan Hidung “Allergic Rhinitis”
Ramai di antara pengguna umumnya menikmati udara sejuk yang dihasilkan oleh aircon, sehinggakan mereka mengabaikan keadaan unitnya yang perlu di servis dengan kerap. Apabila ianya tidak di bersihkan dengan betul atau secara tetap, ianya membawa kepada pengumpulan kuman dan kotoran. Kulat juga cenderung untuk berkembang di dalamnya dan seterusnya membawa kepada penyebaran penyakit yang tidak di ingini seperti alahan hidung .
Sesetengah pengguna lebih suka menghidupkan air condition mereka di waktu malam ketika sedang tidur, manakala segelintir pengguna pula menghidupkan ia sepanjang hari. Tidak kira pada waktu apa pun penggunaan aircon anda, ia adalah sangat penting untuk anda menghirup udara yang sihat dan segar. Ini bermaksud anda perlu memastikan kualiti udara yang terhasil di rumah atau di pejabat adalah bebas daripada bahan pencemar.
Jika anda membuat keputusan untuk menjalankan analisis umum yang teliti, anda akan mendapati bahawa terdapat sejumlah besar pengguna di luar sana yang tidak membersihkan aircon mereka sama sekali. Pengguna-pengguna yang tergolong dalam kategori ini adalah perbelanjaan membaik pulih daripada cenderung terhadap pembaziran wang dengan perlu menggantikan aircon mereka.
Mencegah Penyakit Alahan Melalui Kualiti Udara Dalaman
Sistem air cond yang dibersihkan dan dibasmi kuman dengan kerap bukan sahaja meningkatkan kualiti udara dalaman, tetapi juga membantu menjimatkan banyak wang perbelanjaan terutamanya pada bil elektrik dan ia juga membantu memanjangkan jangka hayat sistem aircond anda. Pembersihan dan pembasmian kuman air cond pakar, mengesyorkan bahawa ianya perlu dibersihkan dan dibasmi kuman sekurang-kurangnya sekali setiap tiga bulan.
Sistem aircon menyebarkan udara di setiap ruangan yang tertutup. Ini bermakna jika terdapat pembiakan kuman atau kulat di dalam aircon anda, orang yang memasuki bilik atau pun ruang yang tertutup akan cenderung untuk dijangkiti kuman kerana mereka akan bernafas bersama kuman dan kulat yang membiak.
Dalam beberapa kes, air cond akan tersumbat oleh lapisan-lapisan kulat dan kotoran yang terkumpul dan ia akan memberi kesan kepada prestasi unit tersebut selama-lamanya. Ia tidak akan berfungsi dengan berkesan seperti sebelum ini, walaupun apabila pembasmian kuman dan pembersihan telah di lakukan secara menyeluruh.
Dalam beberapa kes, pengguna di kawasan Rawang, Sg Buloh Kepong menyedari masalah-masalah lain yang di hadapi oleh air condition mereka. Akan tetapi, kebiasan mengumpul permasalahan terhadap air condition mereka, lama kelamaan memberi kesan yang buruk kepada sistem air-cond dan memaksa air-cond untuk bekerja lebih keras bagi menghasilkan penyejukan udara. Akibatnya, ia membawa kepada peningkatan perbelanjaan bagi penyelenggaraan air condition anda, serta peningkatan bil elektrik bulanan anda.
Penyelenggaraan air-cond rumah ataupun di pejabat di tempat Rawang, Kepong dan Sg Buloh, tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan menyelenggara unit anda setiap 3 hingga 4 bulan. Anda jangan mengabaikan masalah tersebut, walaupun permasalahannya sedikit (seperti kebocoran). Ini adalah cara untuk memastikan keadaan unit anda tidak menjadi lebih teruk.
Manfaat Pembersihan Aircond
-
Kecekapan Penyaman udara Bertambah Baik
Membersihkan air condition anda, membolehkan ia berfungsi lebih baik dengan mengurangkan tekanan, debu dan kekotoran. Apabila penapis udara tersumbat dan menjadi kotor, proses aliran udara terhalang dan menyebakan kerja-kerja menghasilkan udara sejuk akan menjadi sukar. Di samping itu, apabila debu meliputi gegelung penyejat anda, keupayaan untuk menyerap haba terjejas, di mana ianya akan mengurangkan lagi kecekapan dan keupayaan untuk menghasilkan wap bersuhu rendah iaitu suhu sejuk bagi menyejukkan rumah anda.
-
Bil Elektrik Lebih Rendah
Penggunaan air condition di tempat rumah Rawang , Sg Buloh dan Kepong adalah satu kebiasaan dan sistem penyejukan memberi impak dalam penggunaan elektrik bulanan. Air-cond yang kotor akan menggunakan lebih banyak kuasa kerana ia terpaksa bekerja lebih keras bagi meningkatkan proses penyejukan haba. Sehubungan itu, anda harus membersihkan aircon anda untuk mengurangkan kadar peningkatan bil elektrik bulanan anda.
-
Hindari Penggantian Komponen Penyaman Udara Yang Mahal
Meninggalkan air-cond berfungsi dalam keadaan yang kotor dan akhirnya membawa kepada permasalahan yang lebih besar. Sekiranya ia mengumpulkan lebih banyak habuk dan kotoran, pembersihan akan menjadi lebih sukar. Di samping itu, unit anda akan menjadi terlalu panas kerana gegelung penyejat tidak dapat menyebarkan haba dengan berkesan.
Tambahan pula, ia akan terdedah kepada penghasilan ataupun pembentukan ais. Masalah-masalah ini boleh dielakkan dengan penyelenggaraan air-cond yang kerap dibersihkan oleh sebuah syarikat pembersihan penyaman udara profesional yang berdekatan Rawang, Sungai Buloh dan Kepong seperti coolairservis.com.
Selain itu, dalam proses pembersihan penyaman udara anda, ianya perlu di periksa dan di selenggarakan oleh seorang yang pakar dalam bidang penyaman udara bagi memastikan permasalahan anda selesai. Oleh itu, mencegah pembaikan menyebabkan menjadi lebih mahal, atau lebih teruk lagi, anda perlu menggantikan keseluruhan unit penyaman udara anda. Ia adalah benar kerana ia akan merangkumi pelbagai kos untuk mendapatkan perkhidmatan pakar. Jadi, kos perkhidamatan penyelenggaraan pembaikan ini adalah jauh lebih murah jika di bandingkan dengan penggantian keseluruhan unit penyaman udara anda.
-
Kualiti Udara Dalaman Lebih Baik
Unit penyaman udara bukan sekadar menyejukkan rumah anda di Sungai Buloh, Rawang dan Kepong , tetapi mereka juga memainkan peranan yang penting dalam membantu mengekalkan udara yang berlegar di dalam rumah anda bersih dan sihat. Satu unit yang kotor menyediakan tempat pembiakan yang sesuai untuk kulat, bakteria dan kuman membaik. Pada hakikatnya, setiap kali anda menghidupkan unit anda, zarah ini akan tersebar ke dalam bilik dan mencemarkan udara, seterusnya mendedahkan anda dan keluarga anda kepada pelbagai jangkitan dan pencetus serangan pernafasan iaitu asma.
Mengekalkan kebersihan penyaman udara anda dengan baik juga memberikan banyak manfaat. Yang disenaraikan di atas adalah sebahagian daripada sebab-sebab utama mengapa anda perlu mempertimbangkan untuk menggunakan perkhidmataan penyelenggaraan daripada syarikat penyaman udara profesional di kawasan Sungai Buloh, Kepong dan Rawang . Syarikat kami akan memantau, memeriksa dan membersihkan penyaman udara anda setiap bulan.