Service air cond rumah Bandar Baru Bangi


Kedudukan Malaysia di zon equotorial menjadikan iklim tropikal klasik dengan tahap kelembapan dalam 90%. Cuaca pulaagak panas dan lembap sepanjang tahun. “Aircond” adalah perkataan biasa bagi mereka yang tinggal di Malaysia kerana kebanyakan rumah di negara ini mempunyai sistem air-condition .Iklim di Malaysia adalah sangat lembap dan panas sepanjang hari dalam setahun. Maka, aircond bukanlah satu kemewahan tetapi menjadi satu keperluan, Dengan iklim yang sebegini, unit air cond menjadi sangat penting dan sudah menjadi satu keperluan bagi mereka yang tinggal di kawasan Bandar Baru Bangi , Selangor. Unit penghawa dingin yang berfungsi sangat penting untuk menyejukkan badan kita dari bahang matahari. Pemeriksaan dan pembersihan unit air condition yang rutin perlu dilakukan untuk memastikan sistemnya selamat.

 

aircond service di kawasan bandar baru bangi

 

 

ADA MASALAH DENGAN AIRDOND ? SILA CLIK SINI UNTUK DOWNLOAD EBOOK PERCUMA 

 

Bagi mereka yang tinggal di kawasan yang beriklim panas dan lembap, memasang unit air condition adalah pilihan yang terbaik untuk mengekalkan persekitaran yang sihat dan menyenangkan di dalam kediaman. Unit aircond mengawal kelembapan dan suhu untuk memastikan persekitaran dalam sesebuah rumah itu sentiasa sejuk dan selesa. Walau bagaimanapun, penggunaan yang kerapakan memerlukan unit mekanikal ini perlu diselenggara.

 

aircon servis di bandar bangi

 

 

Aircond servis di kawasan Bangi

Dalam kebanyakan negara, pembersihan air-cond  dilakukan secara tahunan. Unit aircond akan hilang kecekapannya daritahun ke tahunjika tidak diselenggarakan.Ia perlu diperiksa dan dibersihkan secara berkala untuk menjamin penggunaan yang berpanjangan dan seterusnya menjimatkan wang. Kebanyakan syarikat di Bangi Selangor memberikan pelbagai perkhidmatan yang membantu anda membersih, menyelenggara dan memanjangkan hayat penggunaan unit air-condition anda.

 

service aircond rumah

 

 

Service unit air-condition yang kerap akan memastikan ianya berada di tahap optima dan akan memastikan peningkatan dari segi kecekapan, jangka hayat, penjimatan tenaga serta keselamatan. Semasa proses penyelenggaraan,mereka yangpakar akan memeriksa penapis udara, kebocoran unit penyejuk, gegelung penyejuk, termostat dan ruang serta saluran air condition berkenaan.Tambahan, syarikat air cond yang baik di Malaysia turut membersihkan bahagian-bahagian dalam unit yang sukar dilihat tetapi selalunya mengumpulkan kotoran dan habuk. Mereka melakukan pembersihan yang menyeluruh terhadap air-condition bagi memastikan pelanggan mereka menikmati udara yang nyaman dan bebas dari sebarang alergen dan hama.

Baca lagi:

 

 

kepentingan menyelenggara air cond secara berjadual

Pencemaran udara dalaman kian menigkat. Ini boleh didapati juga dalam unit aircond yang kotor. Anak-anak lebih cenderung kepada alergen daripada kita yang dewasa atas sebab tahap imunisasi yang rendah. Alergen boleh hidup di dalam rumah dan tinggal dalam penapis, ruang udara dan juga saluran-saluran dalam air-cond. Apabila ini berlaku, kulat, hama, cendawan dan bakteria boleh membiak dalam penghawa dingin anda dengan bantuan lembapan. Ini boleh mencetuskan alergi. Sekecil-kecil masalah alergi, ia boleh membawa keburukan kepada anda dan orang sekeliling yang tinggal bersama. Air condition perlu dibersihkan bagi memastikan keselamatan, tahap kesihatan dn bebas dari alergen, bakteria dan virus. Syarikat aircond boleh memberi perkhidmatan penapis dan pembersih udara yang akan mengekalkan kesegaran rumah dan persekitaran yang bersih setiap kali anda memasang unit penghawa dingin.Penapis ini juga perlu diperiksa dengan kerap kerana ia boleh tersumbat akibat kotoran dan akan mengganggu prestasi unit aircon anda secara menyeluruh. Penapis memberi penjimatan tenaga dan membantu anda menjimatkan wang.

service aircond bandar baru bangi

Membersihkan unit air condition bermakna memberi kos yang rendah untuk pembaikan. Ia merupakan langkah-langkah pencegahan bagi memastikan anda tidakmenghabiskan wang yang terlalu banyak di waktu-waktu akhir perkhidmatan sesebuah unit itu. Unit penyaman udara yang diselenggara dengan baik akan menghasilkan udara yang lebih sejuk dan peningkatan tenaga yang rendah. Dengan angin yang sejuk ia mampu mengekalkan suhu badan, meningkatkan aktiviti fizikal dan mental serta produktiviti disamping memberi keselesaan dan ketenangan. Ia mengurangkan risiko dehidrasi dan kehadiran serangga yang merbahaya. Pembersihan memudahkan aliran udara dan menyingkirkan kotoran yang terperangkap di dalam unit penyaman udara anda seterusnya memberikan udara yang bersih dan kualiti udara dalaman yang bebas penyakit selain menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan di dalam bilik.

 

hubungi kami

 

Bagaimana untuk menjaga kualiti udara dalam rumah

Pembersihan adalah perlu dan penting untuk anda dan kediaman anda. Sanggupkah anda meletakkan risiko pada diri anda dan yang tersayang kerana anda tidak mencucinya? Fikir semula. Pencegahan adalah lebih baik dari mengubati.

  • Bersihkan penapis udara anda sekali sebulan
  • Bersihkan saluran udara dengan kerap
  • Cuci pemampat unit aircond dari luar. Anda boleh menggunakan hos laman untuk mencucinya dengan bersih
  • Periksa semua saluran dan ruang udara dalam bilik. Jika tersumbat,bersihkan halangan tersebut kerana ia boleh menyebabkan unit aircon anda bekerja dengan lebih kuat
  • Kebocoran penyejuk boleh mengakibatkan unit aircon anda melepaskan udara panas.

 

Periksa kebocoran sambungan hos. Periksa tiub kondensat bagi memastikan penyaliran yang baik.

Ikut tips-tips di atas bagi memastikan unit penyaman udara anda berada dalam keadaan yang kuatdan cekap sepanjang musim panas. Hubungi pakar teknikal penghawa dingin setahun sekali dan jimatkan wang untuk jangka masa panjang. Untuk servis yang cekap dan dipercayai, layari www.coolairservis.com. Syarikat ini mempunyai pasukan teknikal yang berkelayakan tinggi dan berpengalaman yang boleh memberikan khidmat servis dan kerja-kerja penyelenggaraan.

 

Sumber-sumber Pencemaran Udara Dalaman

Terdapat banyak sumber-sumber pencemaran udara dalaman. Di Bandar Baru Bangi ,Selangor, di mana orang hidup dalam udara yang kedap, bilik berhawa dingin, pencemaran adalah lebih mudah disebarkan dalam rumah. Mengetahui sumber-sumber pencemaran memudahkan anda mengambil langkah dalam mengurangkan dan menyingkirkannya.

Udara luar yang panas menyebabkan rakyat di Bandar Baru Bangi Selangor tinggal di dalam bilik yang berhawa dingin dan kedap udara 90% seharian. Walaupun ini mengelakan alergen luar, udara dalam yang tidak sihat juga masih mampu untuk mencetuskan alergi dan serangan asma. Sebab utamanya adalah tidak menyelenggara sistem saluran air cond yang menjadi tempat pembiakan kulat dan mikro organisma lain yang kemudiannya di sebarkan ke udara. Saluran udara yang tersumbat dan penapis udara yang lama juga menjadikannya tidak cekap dalam menyalur keluar udara yang tercemar dari dalam.

penyelenggaraan air condition bandar baru bangi

 

 

Punca dan kesan jerebu

Sejak 1997, pembakaran biojisim secara meluas di Sumatera, Indonesia telah menjejaskan negara jiran seperti Malaysia, Singapura dan Brunei. Pembakaran biojisim telah menghasilkan jerebu yang sangat ketaradan hingga ke luar negara, menjejaskan ekonomi dan kesihatan awam rantau.

Jerebu yang berpunca daripada pembakaran hutan telah dikenalpasti boleh meningkatkan kepadatan zarah toksik yang tersebar melalui udaradimana saiznya adalah sekecil sepuluh mikron seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon.

Felo Environmental Health and Research dari United Nations University-International Institute for Global Health (UNU-IIGH), Professor Dr Jamal Hisham Hashim berkata kajian yang diterbitkan oleh Nature, jurnal terkenal antarabangsa mendakwa pencemaran udara secara signifikan menyumbang kepada kematian pra-matang di seluruh dunia. “Kesan kesihatan disebabkan oleh pencemaran udara berpunca dari dos dan jangkamasa pendedahan kepada udara yang tercemar.

“PM2.5 daripada asal terjadinya karbon, seperti pembakaran hutan dan biomas dipercayai menjadi sumber yang lebih ampuh kepada bahaya kesihatan daripada sumber-sumber yang lain”

 

Kesan pada kesihatan semasa jerebu melanda

Jamal menambah “kumpulan yang paling berisiko adalah warga tua yang mempunyai masalah darah tinggi dan penyakit jantung, dan yang menghidap penyakit masalah pernafasan seperti penyakit lelah, bronkitis kronik dan emfisema. Juga kanak-kanak yang secara fizikalnya lebih aktif dan mempunyai paru-paru yang belum matang sepenuhnya”

Ramai yang percaya bahawa penyelenggaraan air cond hanyalah untuk memastikanunit tersebut berfungsi dalam kondisi yang terbaik. Asalkan unit tersebut berfungsi dan menyejukkan bangunan, dikira sudah cukup. Apabila ianya mula kurang menghasilkan udara sejuk,penyelenggara unit air condition akan dihubungi dimana mereka hanyalah membuka unit penghawa dingin tersebut dan hanya membersihkan gegelung dengan air bertekanan tinggi dan membaiki sistem penyejukan untuk ianya berfungsi dengan lebih baik.

Sebenarnya udara yang melepasi saluran penghawa dingin mengandungi zarah debu dan lembapan yang lama kelamaan akan memenuhi saluran tersebut dan menjadi tempat pembiakan kepada pelbagai jenis kulat. Kulat-kulat ini akan membesar dan membiak sehingga boleh menutupi seluruh saluran udara dan apabila udara melepasi saluran itu, spora kulat akan dibawa masuk kedalam kediaman anda.

Jadi, selepas ini jika anda terfikir mengenai penyelenggaraan unit air-cond di Malaysia, jangan memilih syarikat penyelenggara yang akan hanya menyelenggara sesuatu yang sudah jelas. Pilihlah syarikat penyelenggara aircond yang akan memberitahu keadaan sebenar saluran udara aircond anda sekaligus membersihkan dan membasmi kulat dan kumandi dalam saluran tersebut, kerana penyelengaraan unit aircond yang betul akan menjamin kesihatan keluarga anda!

 

baiki aircon rumah kawasan bangi