Tips Penghawa Dingin: Adakah saya perlu menutup penyaman udara untuk menjimatkan wang? 2


Hidup di Malaysia dengan purata suhu cuaca 35°C dan tahap kelembapan hampir 100%, permintaan terhadap aircond atau penyejuk udara terus meningkat setiap tahun seperti negara-negara timur selatan yang lain walaupun ia menggunakan tenaga elektrik yang tinggi hanya untuk lebih keselesaan di tempat tinggal. Kita semua tahu bahawa penghawa dingin adalah salah satu perkakas rumah yang utama dan menggunakan paling banyak tenaga elektrik. Jika anda boleh mengurangkan penggunaan aircond, anda boleh menjimatkan duit dari bil elektrik.

 

air condition tip

 

Akan tetapi, kurangnya pemahaman penggunaan dan maklumat tentang air cond telah membawa kepada lebih banyak pembaziran elektrik. Majoriti pemilik rumah akan tertanya-tanya samada menutup penghawa dingin lebih baik atau tidak jika tiada di rumah. Kita pasti ingin berjimat setiap ringgit dan kita mahukan cara paling berkesan dalam menguruskan sesuatu. Tetapi, ada yang percaya bahawa membiarkan air cond terbuka walaupun ketika tiada di rumah adalah lebih menjimatkan.

 

Teori : Penyaman Udara Perlu Bekerja Lebih Keras Apabila Rumah Lebih Panas

Dengan membiarkan air condition anda digunakan setiap masa walaupun anda tiada di rumah adalah tidak efisien kerana ia menyebabkan penggunaan tenaga lebih tinggi. Ia juga boleh merosakkan sistem anda. Penggunaan sistem anda bila perlu akan memanjangkan hayatnya hingga beberapa tahun berbanding bergantung kepada mitos bahawa membiarkan ia sentiasa terbuka itu lebih baik.

Buangkan kebiasaan ini sekarang, dan anda akan rasakan perbezaan dalam bil utiliti. Kebanyakan orang tidak sedar bahawa dengan mengubah suhu thermostat hanya 1 darjah sahaja boleh menyebabkan aircond anda bekerja lebih 5% – anda boleh berjimat atau membuang duit dalam jangka masa panjang. Pilih suhu yang sesuai untuk anda dan keluarga.

 

penyelenggaraan aircond

 

Kekal Dingin Dan Jimat Duit Pada Aircond

Tingah laku manusia ialah salah satu faktor utama yang menentukan berapa banyak tenaga elektrik dan duit digunakan untuk operasi penayman udara. Langkah yang mudah yang diambil oleh pengguna kadangkala boleh memberi perbezaan yang ketara asalkan kebiasaan yang baik dikekalkan. Di bawah ialah beberapa cara untuk kekal dingin dan tenaga penghawa dingin yang lebih jimat.

Baca:  10 sebab mengapa aircond saya tidak cukup sejuk

 

6 Cara Mudah Jimat Bil Elektrik

 

1. Tutup Suis Utama

Tutup suis utama setiap kali menutup suis aircond. Tabiat menutup suis utama nampak seperti tiada beza tetapi tahukah anda bahawa dengan melakukan ini, anda telah jimat 10% dari jumlah penggunaan elektrik di rumah! Walaupun anda telah menutup penghawa dingin menggunakan alat kawalan jauh tetapi tidak menutup suis utama, tenaga untuk siap sedia masih lagi menggunakan elektrik tanpa anda sedari.

 

suis air condition

 

2. Set Pemasa

Gunakan pemasa (mod tidur) untuk menutup penghawa dingin anda secara automatik selepas beberapa jam apabila bilik telah sejuk atau selepas kita tidur. Anda boleh ON untuk satu atau dua jam kemudian tutup secara automatik dan gunakan kipas. Tengah malam lebih sejuk, jadi anda tidak perlu menggunakan aircond dan berselimut. Ketika kita tidur, suhu badan kita sebenarnya akan menurun dan pada masa tersebut, kita tidak perlukan persekitaran yang sejuk. Penyaman udara lebih diperlukan untuk memberi keselesaan ketika kita hendak tidur.

 

pemasa penghawa dingin

 

3. Tetapan Suhu

Tetapkan suhu pada 24°C atau lebih. 24°C ialah suhu yang selesa, jadi anda tidak perlu menetapkan ia pada 18°C. Jika anda tetapkan pada 18°C, ini akan memaksa kompressor untuk mencapai suhu tersebut. Apabila anda tetapkan pada suhu 24°C, kompressor akan berhenti apabila telah suhu bilik telah mencapai suhu tersebut dan akan berfungsi kembali ketika suhu bilik lebih panas. Anda jimat elektrik bila kompressor tidak digunakan. Dalam kata lain, semakin rendah tetapan suhu, semakin tinggi penggunaan elektrik.

 

air cond temperature

 

4. Gunakan Kipas

Gunakan penyaman udara bersama kipas. Buka kipas dan pintu/tingkap untuk mengeluarkan udara panas dari dalam bilik kemudian barulah gunakan penyaman udara (Pastikan untuk menutup pintu dan tingkap terlebih dahulu).
Memasang kipas akan menyebarkan udara sejuk ke seluruh bilik tanpa meningkatkan penggunaan tenaga. Selain itu, penggunaan kipas siling boleh menghilangkan udara panas di sekeliling badan kita.

 

air condition fan

5. Bersihkan Atau Tukar Penapis Aircond Setiap Bulan

Menyelenggara sistem penghawa dingin anda adalah kritikal dalam memastikan ia berfungsi dengan baik. Sistem yang tidak diselenggara dengan baik menggunakan 10 hingga 30 peratus lebih tenaga dan jangka hayat lebih pendek. Penapis udara yang kotor mengurangkan keberkesanan unit anda, menggunakan elektrik lebih banyak dan kos yang lebih tinggi.

 

servis penyaman udara

 

6. Jadualkan Penyelenggaraan Tetap Untuk Aircond Anda

Servis unit aircond anda jika ia meniupkan udara panas. Anda perlukan penyaman udara untuk udara yang sejuk, bukan peniup udara panas. Jika ia tidak berfungsi dengan baik, ia tidak menjimatkan kos. Anda masih membayar bil elektrik tetapi tidak dapat apa yang anda bayar.

 

air condition service

 

Baca lagi: 7 sebab kenapa aircond saya tidak berfungsi?


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 thoughts on “Tips Penghawa Dingin: Adakah saya perlu menutup penyaman udara untuk menjimatkan wang?