Penyelesaian masalah-masalah umum air condition
Tiada apa yang lebih mengecewakan daripada aircon yang rosak pada hari yang panas. Seperti peralatan rumah yang lain, anda tidak boleh lari daripada isu aircond tidak berfungsi bila-bila masa. Terdapat beberapa masalah aircond yang anda mungkin hadapi. Ada yang lebih umum dari yang lain. Hari ini kita akan lihat 7 sebab air-cond anda tidak berfungsi dan bagaimana menguruskannya.
1.Masalah kebocoran air-condition
Kebocoran adalah antara masalah yang biasa dihadapi. Ia boleh menjadi isu serius kerana membawa kepada kerosakan akibat air, kulat dan lain-lain lagi. Jika anda dapati aircond anda bocor, anda patut memeriksa bekas air (“drain pain”) dan pastikan ia tidak berkarat. Selepas itu, anda hendaklah memastikan tiada apa-apa yang tersumbat di dalam saluran yang menyebabkan air tidak sampai ke bekas air. Jika saluran itu bersih, kemungkinan anda mempunyai kompresor beku yang menyebabkan kebocoran tersebut. Pada tahap ini, tiba masanya untuk mendapatkan pertolongan dari profesional. Keterangan lanjut di: Masalah kebocoran air pada aircon.
2. Masalah air condition membeku
Satu lagi perkara yang boleh menyebabkan aircon anda tidak berfungsi ialah gegelung beku. Jika ada gegelung yang membeku, ia pasti akan menjejaskan operasi unit anda. Mujur ia tidak susah untuk mengelakkan gegelung tersebut daripada beku. Sebenarnya, majoriti isu pembekuan boleh dielakkan hanya dengan memastikan penapis anda ditukar setiap bulan seperti sepatutnya. Jika ini tidak menyelesaikan isu tersebut, anda mungkin mempunyai masalah dengan penyejat yang kotor, atau anda cuma mempunyai tahap penyejuk yang rendah. Sekali lagi, jangan cuba sendiri untuk membaiki kerosakan serius.
3.Masalah kompresor penyaman udara bising
Jika anda perasan kompresor air-condition anda bising apabila digunakan, anda mungkin mempunyai masalah dengan tali kipas. Kebiasaannya, ini adalah masalah yang mudah untuk dibaiki kerana tali cuma terkeluar dari landasan. Anda hanya perlu membetulkan ia dengan memasukkan semula ke tempatnya. Ini mungkin seperti masalah kecil pada awalnya, tetapi jika dibiarkan tidak diperiksa, lama kelamaan kipas anda akan mengeluarkan bunyi yang kuat dan bising. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan pada tali tersebut. Baca artikel ini untuk belajar bagaimana service aircond yang bising. Jika anda tidak selesa untuk membaiki sendiri, jangan teragak-agak untuk mendapatkan profesional.
Baca lagi:
-
Adakah Aircond Menyebabkan Anda Mengalami Alahan?
-
Tips Untuk Membeli Penghawa Dingin Mudah Alih
-
Cara Penggunaan Air-Cond Yang Betul Untuk Jimat Elektrik
4. Kompresor penyaman udara tidak berfungsi
Ini adalah isu yang selalu terjadi apabila musim sejuk hampir tiba. Apa yang anda perlu lakukan pertama sekali ialah periksa jika ada sebarang tenaga di unit luar. Pastikan suis yang dicabut disetkan kepada “ON”. Setelah anda mengesahkan ini dan masih tiada kuasa, periksa pemutus berfungsi dengan baik dan wayar untuk suis cabut tidak terbakar. Sekarang, jika tiada masalah di atas pada penyaman udara, anda mungkin mempunyai penyambung “transformer” atau thermostat yang rosak. Anda boleh mendapatkan juruelektrik atau profesional juruteknik HVAC untuk diagnos simptom unit anda dan mengesyorkan langkah seterusnya.
5. Aircond tertutup dan buka secara automatik
Jika unit anda tertutup dan buka secara automatik, ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama, anda mungkin kekurangan gas penyejuk. Ia boleh menyebabkan penghawa dingin anda tertutup dan terbuka secara automatik dengan lebih kerap. Mungkin juga disebabkan penghawa dingin anda terlalu besar. Ini bermaksud, ia menyejuk pada satu arah sahaja berbanding sama rata seperti yang sepatutnya. Hubungi juruteknik penghawa dingin anda untuk mengenal pasti apakah isu yang anda sedang hadapi.
6. Air-cond ada litar pintas
Kadangkala anda akan menghadapi isu di mana litar pintas berlaku setiap kali kompresor unit anda dihidupkan. Ini mungkin indikasi daripada pemutus litar yang lemah. Ia mungkin juga mempunyai masalah dengan penyaman udara itu sendiri, sama ada kompresor, penghubung yang rosak, atau kipas pengewap berlitar pintas. Walau apa pun, ia adalah sesuatu yang mesti dibaiki secepat mungkin.
7. Masalah termostat aircon
Anda barangkali perasan yang termostat anda tidak menunjukkan suhu yang betul. Ini mungkin disebabkan kalibrasi termostat anda rosak. Pertama, cuba kalibrasi semula dan periksa sama ada isu itu dapat diselesaikan. Jika tidak, anda harus menggantikan termostat tersebut. Mujur ia bukan komponen yang mahal, jadi menggantikan ia tidak akan menjejaskan kewangan anda dengan teruk.
Ringkasan tentang masalah umum aircond
Seperti yang anda boleh lihat, terdapat pelbagai masalah penghawa dingin yang boleh berlaku, daripada gegelung yang beku, kompresor rosak kepada kebocoran. Ingat, perlindungan terbaik ialah pencegahan. Dengan mengetahui isu-isu ini dan bagaimana ia terjadi akan memberikan anda idea bagaimana untuk mencegah ia daripada berlaku. Memastikan penyaman udara anda dijaga dengan betul akan memanjangkan jangka hayat dan meningkatkan keselesaan anda juga.
Service aircond di Shah Alam, Petaling Jaya , Damansara dan Klang
Jika anda mengalami mana-mana isu yang disenaraikan di sini atau masalah lain yang tiada di dalam artikel ini, jangan teragak-agak untuk menghubungi aircond service Shah Alam, Petaling Jaya ,Damansara Klang dan dapatkan sebut harga percuma untuk apa sahaja yang diperlukan. Anda boleh membuat panggilan atau emel, dan mereka akan mencari solusi yang betul untuk masalah unit anda.
Baca lagi : Tips Penghawa Dingin – Adakah saya perlu menutup penyaman udara untuk menjimatkan wang?