Mengapa aircond saya tidak sejuk?
Air-condition tidak cukup sejuk adalah masalah umum yang dihadapi di Malaysia. Masalah ia tidak cukup sejuk selalunya disebabkan oleh 10 masalah yang akan kita bincangkan dengan lebih lanjut hari ini! Kami harap artikel ini akan sangat membantu anda dalam mengenalpasti masalah unit anda.
1. Salah tetapan termostat
Adakah unit anda tidak sejuk bila anda perlukan ia? Jika sistem anda kadang-kadang berudara sejuk, termostat anda boleh disetkan ke “ON” daripada “Auto”. Ini akan membuatkan unit anda sentiasa meniup udara walaupun ketika tidak diperlukan. “Auto” akan meniup udara bergantung kepada suhu dalam bilik. Tukar tetapan dan lihat jika ada sebarang perubahan
2. Penapis udara tersumbat
Jika aliran udara lemak dan aircond tidak sejuk, penapis udara di dalam unit mungkin tersumbat dengan debu. Ini menghalang ia dari mengudara sejuk sekitar rumah dan pejabat anda. Secara idealnya, penapis harus ditukar setiap bulan.
Baca juga:
-
Adakah Aircond Menyebabkan Anda Mengalami Alahan?
-
Tips Untuk Membeli Penghawa Dingin Mudah Alih
-
Cara Penggunaan Air-Cond Yang Betul Untuk Jimat Elektrik
3. Kompresor tersumbat atau kotor
Kompresor unit anda sepatutnya bersih. Ia juga haruslah bebas dari sebarang halangan seperti rumput dan pokok. Ini supaya ia dapat menyejukkan penyejuk seterusnya menghasilkan udara dingin dalam rumah anda. Rapikan tumbuh-tumbuhan dan jika ini masih tidak menyelesaikan masalah, hubungi profesional. Jangan cuba membaiki unit luar anda sendiri.
4. Aircond kurang gas penyejuk
Ada kemungkinan bahawa kekurangan penyejuk menjadi punca disebalik udara panas penghawa dingin anda. Tahap penyejuk yang rendah boleh disebabkan oleh kebocoran. Jika ini berlaku, hubungi servis pembaikpulih untuk datang membantu. Mereka akan mebaiki kebocoran dan tambah tahap gas unit anda.
5. Paip saluran kondensasi tersumbat
Seperti mana ia menyingkirkan lembapan dari udara, air-condition anda juga menghasilkan air. Kebiasaannya, air ini akan dibuang melalui saluran paip. Akan tetapi, ini boleh menyebabkan tersumbat, yang mana penghawa dingin terpaksa bekerja lebih kuat untuk menghasilkan udara sejuk.
6. Kompresor air-cond yang rosak
Ini sangat jarang berlaku, tetapi sebab lain unit anda mempunyai masalah penyejukan mungkin disebabkan kompresor yang rosak. Jadi, pastikan anda periksa pelindungan beban lebih dan kapasitor kompresor untuk sebarang kerosakan. Kompresor yang cacat perlu ditukar oleh seseorang yang mempunyai kemahiran dalam bidang berkenaan.
7. Masalah gegelung kondenser
Gegelung kondenser bantu menyejukkan sistem, tetapi, jika ia kotor, ia menjadi kurang effisien. Ini mengakibatkan service aircon perlu bekerja keras untuk sejuk. Gegelung kondenser boleh dibersihkan. Akan tetapi, ini melibatkan membuka bahagian-bahagian sistem tersebut. Hubungi sistem pembaikpulih jika anda tidak pasti.
8. Kerosakan saluran udara
Saluran udara menyebarkan udara ke seluruh bilik. Jika saluran udara bagi sistem HVAC anda rosak dalam apa cara sekalipun, udara dingin mungkin susah untuk keluar. Jika ini yang berlaku, anda perlu hubungi pakar untuk menutup kembali saluran udara tersebut.
9. Roda kipas tidak berfungsi
Periksa kipas di unit bahagian dalam untuk melihat jika ia berfungsi dengan baik atau hanya berdengung- anda boleh menggunakan pemutar skru panjang untuk ini. Jika kipas berfungsi, kapasitor adalah penyebab udara panas unit anda. Jika ia tidak berfungsi, motor mungkin perlu diganti.
10. Perlu baikpulih secara kimia
Ia mungkin hanya disebabkan unit anda terlalu lama, dan memerlukan baikpulih kimia atau penggantian. Jika bahagian-bahagian telah haus dan tidak boleh diganti, anda mungkin perlu membeli sistem yang baru.
Tips Penghawa Dingin – 5 Cara Mudah Jimat Bil Elektrik
Menyelesaikan masalah aircond anda bukan masalah penyejukan
Jika air condition anda tidak menyejukkan rumah anda pada suhu yang tepat, mungkin ada masalah dengan sistem penyaman udara anda. Cuba lihat ke dalam sistem anda, periksa kedua-dua aspek baik unit di luar atau dalam dan cuba selesaikan masalah tersebut. Jika ia adalah salah satu dari yang disenaraikan di atas, cuba ikut nasihat kami. Jika anda boleh membaiki sendiri, bagus, tapi jika tidak anda perlu menghubungi servis aircond.
Pakar servis air-condition
Pakar service aircond Puchong telah menangani beribu-ribu soalan berkenaan penyaman udara selama bertahun-tahun lamanya. Pengalaman pakar kami dalam service aircondition boleh mengenal pasti mengapa unit anda tidak menyejuk dan membaiki apa sahaja masalah anda yang mengecewakan. Hubungi kami hari ini dan kami akan dating dan memeriksa sistem anda!
Tips service aircond – Download pdf percuma di sini !
Baca lagi : Tips Penghawa Dingin – Adakah saya perlu menutup penyaman udara untuk menjimatkan wang?