Service aircond rumah murah di seluruh kawasan Kuala Lumpur dan Selangor


Malaysia merupakan negara yang beriklim tropika dan hampir keseluruhan tahun akan menghadapi suhu panas, lembap dan haba secara tetap. Hidup dalam keadaan iklim yang tidak menentu mampu menjengkelkan sesiapa sahaja, terutamanya bagi anda yang sentiasa terlibat dengan kerja dalam rumah atau pejabat. Bagi memastikan kehidupan anda selesa semasa iklim buruk, anda memerlukan unit penghawa dingin yang baik dan perkhidmatan penyelenggaraan yang cekap dan murah untuk memanjangkan jangka hayatnya.

 

 

servis ac promosi murah
Pernahkah anda terfikir mengapa setelah satu tempoh masa, udara daripada unit aircon anda tidak begitu sejuk seperti sebelumnya? Adakah anda sedar bahawa sekiranya anda tidak mengekalkan servis aircond anda secara tetap, ia akan meningkatkan kos anda? Hal ini disebabkan aircond menggunakan tenaga yang lebih seterusnya meningkatkan kos elektrik dimana tidak kebanyakan orang yang sedar tentang hal ini. Selain daripada kos yang tinggi, ia juga mungkin tidak akan berfungsi pada hari yang panas iaitu ketika anda sangat memerlukannya. Penapis air condition yang tersumbat atau kotor juga mampu menyekat pengaliran udara dan mengurangkan kecekapannya.

 

 

Senarai harga murah untuk perkhidmatan umum penyaman udara:

senarai promosi harga murah

 

Senarai harga murah untuk perkhidmatan cuci kimia penyaman udara :

senarai promosi harga murah

Note: ∗ Senarai semua harga di atas hanya untuk jenis ac yang bukan inverter (non-inverter)

 

 

Unit air cond juga akan berkurang sebanyak 5 peratus kecekapannya pada setiap tahun jika tidak dijaga dan diservis dengan baik. Bagi mengekalkan kecekapan unit penyaman udara, penapis yang tersumbat perlu dicuci, atau menggantikannya dengan kerap. Melalui servis unit air cond murah secara jadual, anda akan meningkatkan jangka hayatnya, selain memastikan persekitaran rumah dan pejabat lebih sejuk, dan yang paling penting ialah menjimatkan bil elektrik.

 

sebut harga percuma

 

Penggunaan secara kerap juga menyebabkan unit air condition membiak kotoran, habuk, bakteria berbahaya, kuman dan juga kulat. Ini bermaksud bahawa kita sentiasa bernafas dalam udara yang tercemar yang berpotensi membawa kepada penyakit dan risiko kepada kesihatan kita, terutama kepada kanak-kanak atau yang mempunyai masalah pernafasan. Tambahan pula, apabila air cond mengeluarkan haba, air yang dihasilkan adalah sebagai bahan buangan.

Kelembapan yang dikumpul dalam gegelung kipas unit air condition semasa proses penyejukan menggalakkan pembentukan kulat, mikrob, dan sebagainya, dimana ianya mengeluarkan bau yang busuk dan kurang menyenangkan. Air dalam gegelung kipas akan mengewap dan disalur keluar melalui paip saliran. Jika terdapat kotoran yang tersekat dalam paip tersebut, air akan terperangkap dan melimpah sehingga menyebabkan aircond bocor.

 

Servis Aircond Rumah Murah KL Dan Selangor – Video

 

 

 

Service air cond murah – 3 Jenis perkhidmatan yang kami tawarkan

1 . Perkhidmatan umum aircond murah

Servis penghawa dingin perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali pada setiap tiga bulan, manakala pembersihan kimia air-cond perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali pada setiap tahun. Pemeriksaan menyeluruh dan pembersihan panel hadapan, penutup, penyejat gegelung, memvakum sistem saliran, membersih atau menggantikan penapis udara, dan meletakkan pelincir pada bahagian unit tersebut jika diperlukan. Servis kimia diperlukan apabila perkhidmatan umum tidak dapat membaiki unit air condition yang tersumbat teruk. Semasa service kimia dijalankan, bahagian-bahagian air condition akan dicuci dan dibersihkan.

 

 

repair aircond

 

2 . Cucian aircond cara kimia

Salah satu penyelenggaraan yang terbaik adalah melalui cucian kimia. Ini berkaitan dengan kebocoran air, bau pelik yang dihasilkan daripada wap oleh aircon anda, dan kebimbangan yang menyeluruh tentang pembersihan aircond yang tidak boleh diperbaiki. Lebih penting lagi, menghapuskan pembentukan habuk, kotoran dan bakteria yang akan membawa kepada masalah lebih teruk daripada mengekalkan unit penyaman udara. Inilah sebabnya cucian kimia perlu dijalankan secara ideal. Pada mulanya proses ini mungkin akan dilihat seperti sesuatu yang berbahaya, sebaliknya kimia yang digunakan benar-benar selamat. Ini bermaksud bahawa setiap bahagian penghawa dingin anda akan dicuci dengan bahan kimia dimana ianya akan menyingkirkan segala elemen-elemen merbahaya dan memberi udara yang lebih selamat untuk bernafas. Tindakan berjaga-jaga perlu diambil, maka sebaiknya ia perlu dilaksanakan oleh golongan yang profesional.

 

penyaman udara cucian kimia

 

3 . Baik pulih aircond

Penilaian secara menyeluruh perlu dilakukan semasa cucian kimia atau mana-mana prosedur. Juruteknik yang profesional akan mengambil masa untuk melihat seluruh unit aircon anda melebihi daripada perkhidmatan biasa. Golongan profesional dapat melihat sekiranya semua bahagian berada dalam keadaan yang sempurna. Unit kipas luar akan diperiksa dan disemak sekiranya perlu untuk diperbaiki, ianya mungkin tiba masa untuk anda mempertimbangkan tentang air condition anda. Dalam proses ini, keseluruhan sistem akan dibuka dan setiap komponen disemak dengan lengkapnya. Bahagian-bahagian tersebut akan dibersihkan dan digantikan jika perlu. Ia menghalang daripada rosak dan dicadangkan untuk menyelenggara sekurang-kurangnya setahun sekali.

 

 

hubungi kami

 

 

 

Kepentingan penyelenggaran penyaman udara anda

Mengekalkan aircond anda dan servis secara tetap memastikan prestasi optimum. Air condition yang diselenggara dengan baik akan berfungsi dengan lebih cekap, memanjangkan hayat seluruh unit, menjimatkan duit dan masa berharga anda. Air condition anda perlu dikekalkan dalam kondisi yang sempurna untuk mengelak daripada risiko kesihatan, mengekalkan udara bersih dan menghalang kerosakan.

 

promosi air cond murah

 

 

Promosi perkhidmatan umum aircond murah :

Adalah amat penting supaya penghawa dingin anda disemak dan diselenggara dengan kerap oleh juruteknik yang bertauliah. Perkhidmatan asas murah secara amnya seperti yang berikut:

  • Melakukan pembersihan dengan betul dan mencuci penapis serta panel luar dengan air. Ini menjadikan sistem anda beroperasi dengan lebih baik iaitu menyediakan udara yang lebih segar dan sejuk.
  • Pembersihan yang menyeluruh untuk gegelung penyejat, roda blower, geglung kipas, memeriksa pemampat dan meletakkan minyak di motor kipas. Gegelung yang kotor boleh mengurangkan kecekapan prestasi air condition sebanyak sepuluh percent. Gegelung kipas dan blower akan menyebabkan habuk dan kotoran hilang di dalam udara sekeliling jika tidak dibersihkan dengan bantuan berus. Oleh itu, golongan profesional akan melaksanakannya dengan menggunakan bahan kimia yang telah diluluskan oleh makmal untuk menghapuskan bakteria dan kotoran.
  • Setiap tahun, unit akan kehilangan gas sebanyak sepuluh percent. Perkhidmatan professional penghawa dingin diperlukan untuk mengeringkan dan mengecas sistem, memeriksa hos, penapis, tali dan sambungan untuk memastikan pemampat dan penyejat berada dalam keadaan yang sempurna.
  • Pembersihan yang lengkap terhadap drain pan dan mengepam keluar salur paip. Mereka juga menjalankan penyingkiran udara dan kelembapan daripada sistem. Ini untuk memastikan bahawa udara tersebut lebih segar dan sihat.
  • Penyiasatan dan pengesahan tentang keseluruhan komponen elektrik yang haus dan rosak.
  • Menyemak sekiranya terdapat sebarang bunyi dan memeriksa system penyejuk untuk penyejukan yang betul. Mereka juga akan memeriksa tahap penyejukan untuk meningkatkan kecekapan tenaga unit anda.
  • Pemeriksaan visual yang teliti dan menyemak unit pemeluwap pengaliran udara untuk memastikan di dalam unit tidak tersekat. Ini untuk menjamin bahawa sistem beroperasi pada tekanan dan suhu yang betul.
  • Melakukan penarikan untuk memastikan ianya berfungsi dengan lancar dan akhirnya membersihkan keseluruhan bahagian luar sistem.

 

air cond service promosi

 

 

Berapa kerapkah anda perlu melakukan cucian kimia terhadap penghawa dingin?

Ramai orang di Malaysia menggunakan air condition. Ianya merupakan unit yang penting bagi negara ini. Unit tersebut menawarkan banyak manfaat kepada penggunanya. Anda perlu menjaga unit penyaman udara dengan baik. Adalah disyorkan untuk mempunyai air-cond yang mempunyai prosedur cucian kimia demi mengekalkan prestasinya.

 

harga promosi air cond

 

Sesetengah pakar mempercayai bahawa anda perlu membersihkan unit aircon sekurang-kurangnya sekali pada setiap enam bulan. Cucian kimia secara teratur amat berguna untuk membuang kotoran yang tidak diperlukan dalam unit dengan sempurna. Melalui servis aircon murah secara jadual, anda akan meningkatkan jangka hayatnya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah biasa yang memerlukan anda untuk membersihkan aircond dengan lebih kerap.

 

Baca lagi:

 

1. Masalah air yang bocor
Masalah ini menunjukkan terdapat beberapa masalah di dalam air-cond anda. Apabila berlaku masalah tersebut, unit mungkin mempunyai masalah dengan pengewap. Pengewap perlu dibersihkan dengan kerap untuk mengekalkan prestasi penghawa dingin anda. Apabila melihat kebocoran air pada air condition, anda mungkin ingin mula mencuci unit anda dengan bahan kimia yang betul. Ini adalah sebab utama mengapa anda harus mula melakukan prosedur cucian kimia terhadap aircond anda.

 

aircon keluar air

 

2. Alahan dalam sesetengah ahli keluarga
Keluarga anda mungkin mempunyai beberapa reaksi alahan terhadap bahan penyebab alergi. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan simptom alahan seperti habuk, hama, bulu haiwan peliharaan, bakteria dan juga bahan-bahan yang tidak diingini. Oleh itu, anda perlu mencuci air-cond anda dengan cucian kimia secara kerap. Apabila anda perhatikan beberapa tanda-tanda alahan terhadap keluarga anda, anda mungkin ingin mempertimbangkan prosedur ini. Cucian kimia adalah prosedur yang terbaik kerana anda dapat membuang kotoran dari dalam ac unit dengan mudahnya. Akibatnya, anda akan menghentikan reaksi alahan dalam kalangan keluarga anda. Alahan yang mereka hadapi juga turut akan pulih tidak lama lagi.

 

udara dalaman bersih

 

3. Kipas yang rosak
Ini juga merupakan masalah yang boleh mengurangkan fungsi aircon anda. Anda boleh perhatikan masalah ini dengan hanya melalui melihat udara daripada aircond anda. Sekiranya unit tersebut tidak menghasilkan udara yang secukupnya untuk bilik anda, mungkin ianya terlibat dengan masalah seperti ini. Sekiranya anda terlibat dengan situasi ini, anda perlu untuk menggantikan kipas sedia ada dengan kipas yang baru. Setelah anda memasang kipas yang baru, anda akan menyuci air cond dengan cucian kimia. Prosedur ini amat penting untuk menyiapkan unit ac anda dengan kipas yang baru.

 

 

4. Aircon tidak boleh dihidupkan
Dalam beberapa kes, aircond anda tidak dapat dihidupkan disebabkan oleh beberapa masalah. Anda mungkin perasan beberapa masalah dengan bahagian-bahagian aircon anda. Beberapa pakar mengesyorkan untuk membersihkan aircon anda lebih kerap untuk menghalang masalah ini daripada berlaku. Anda perlu mula mencari syarikat yang menyediakan perkhidmatan aircon yang bagus iaitu mampu memberi khidmat cucian kimia yang terbaik dan harga murah. Perkhidmatan ini amat berguna untuk memulihkan air condition anda. Ramai orang mampu untuk menghidupkan kembali unit air cond mereka setelah membersihkan peranti dengan beberapa bahan kimia.

5. Bil elektrik meningkat tanpa alasan yang munasabah
Masalah ini mungkin dilihat tidak relevan dengan unit aircon anda. Namun, situasi ini boleh dikaitkan bahawa unit penghawa dingin anda tidak berfungsi seperti biasa. Terdapat beberapa masalah yang dapat mengurangkan kecekapan unit air cond anda. Hasilnya, aircond anda tidak dapat berfungsi dengan baik. Apabila unit ini tidak dapat berfungsi dengan baik, ia akan menggunakan lebih banyak tenaga daripada biasa. Ia boleh menyebabkan bil elektrik rumah anda meningkat. Selepas anda melihat keadaan ini, anda perlu mula untuk membersihkan penyaman udara anda dengan bahan kimia yang betul dengan harga berpatutan. Anda juga akan meningkatkan kecekapan unit air conition anda selepas melakukan prosedur pembersihan ini.

 

bayar kos elektrik

 

6. Unit penyaman udara menghasilkan udara panas
Anda mungkin pernah melalui situasi ini semasa di rumah iaitu unit air condition anda menghasilkan udara panas. Situasi luar biasa ini perlu ditangani dengan betul. Apabila situasi ini berlaku, anda perlu tahu bahawa terdapat sesuatu yang berlaku terhadap aircon anda. Masalah ini boleh berlaku disebabkan salah pengeluwap atau sistem penyejukan. Sistem ini perlu dibersihkan dengan kerap, oleh itu ia akan berfungsi dengan baik. Anda boleh menggunakan prosedur cucian kimia untuk mengatasi masalah ini. Pastikan juga untuk membersihkan sistem penyejukan dan pengewapan dalam air-condition anda.

 

aircond tak sejuk
7. Bau busuk dari penghawa dingin anda
Anda dapat menghidu bau yang kurang menyenangkan daripada air-condition. Bau yang kurang meyenangkan selalunya disebabkan oleh bakteria, kulat atau pengumpulan air. Situasi ini tidak akan berlaku sekiranya anda membersihkan penghawa dingin dengan lebih kerap. Ini adalah salah satu situasi yang memerlukan proses cucian kimia terhadap aircond. Proses ini perlu dilakukan untuk menghapuskan semua mikroorganisma yang mungkin hidup dalam air-cond anda. Anda boleh membunuh sesetengah bakteria dan kulat dengan menggunakan beberapa bahan kimia yang mudah. Kebanyakan pelanggan mampu untuk menghapuskan bau tersebut daripada unit air-cond mereka setelah melakukan proses cucian kimia.

 

penyaman udara berbau busuk
8. Pengumpulan ais
Unit air condition anda mungkin mempunyai pengumpulan ais di dalamnya. Masalah ini tidak berbahaya untuk anda dan keluarga. Walau bagaimanapun, ia perlu dirawat dengan baik, jika tidak ia akan merosakkan unit air condition anda. Terdapat beberapa bahan kimia yang dapat mencairkan ais dengan segera. Anda hanya perlu melakukan prosedur cucian kimia untuk menghapuskan pengumpulan ais yang terbina dalam air-cond anda. Prosedur ini tidak memerlukan masa yang lama untuk mencairkan ais tersebut. Kaedah ini sangat berkesan dan murah untuk memulihkan kembali aircond anda. Ini amat disyorkan supaya anda melakukan prosedur cucian kimia, setelah anda melihat pengumpulan ais di sekeliling gegelung.

 

Pengisian gas

Ini adalah proses mengisi gas supaya unit penyaman udara dapat dapat berfungsi seperti yang diinginkan. Apabila gas di dalam sistem tidak mencukupi, penghawa dingin tidak dapat berfungsi dan walaupun ia berfungsi, ia tidak dapat untuk memulihkan suhu bilik pada tahap yang diperlukan. Namun, hampir kebanyakan orang tidak mengetahui mengapa mereka perlu untuk menambah gas penghawa dingin. Sebabnya sangat mudah iaitu tiub sistem air condition mungkin rosak, dimana ia mampu membawa kepada kebocoran bahan penyejuk.

 

 

Kebocoran ini mungkin berpanjangan sehinga setahun lebih tanpa disedari, tetapi kebiasaanya orang ramai akan mengambil masa yang singkat untuk menyedarinya. Secara faktanya, hampir kebanyakan penyaman udara bocor dan memerlukan pengisian gas yang tetap seperti gas freon. Jadi, bagaimanakah anda mengetahui masa yang sesuai untuk mengisi gas aircond anda?

 

Bilakah anda perlu mengisi gas penghawa dingin?

Ini adalah salah satu soalan yang sentiasa memberi cabaran terhadap pengguna aircon. Beberapa orang individu telah dikenalpasti bahawa mereka mempercayai bahawa aircon mereka perlu diisi sekiranya berlaku kebocoran. Namun, itu tidak semestinya benar. Terdapat pelbagai situasi yang perlu anda berwaspada untuk mengisi gas penghawa dingin. Sebagai contoh:

 

 

1. Apabila penghawa dingin tidak boleh menghasilkan udara sejuk
Ini adalah cara yang mudah untuk mengesahkan bahawa aircon perlu diisi semula. Pada asasnya, gas memudahkan penukaran udara panas kepada udara sejuk. Oleh itu, sekiranya sistem anda tidak dapat menghasilkan udara yang sejuk, anda dapat mengenalpasti bahawa gas tidak mencukupi. Ini membuktikan bahawa aircond anda tidak lagi dapat berfungsi untuk menghasilkan udara sejuk dengan mudah kerana telah dipindahkan ke dalam rumah secara sama rata. Tambahan pula, suhu yang tinggi di dalam rumah sebagai penentu bahawa tahap gas adalah rendah.

 

2. Kebocoran air
Ini juga merupakan cara untuk mengenalpasti sekiranya anda perlu untuk untuk mengisi gas freon. Kebiasaanya, kobocoran air berlaku dalam unit aircon menujukkan bahwa gas perlu diisi dengan segera. Kebocoran berlaku disebabkan hasil proses pengewapan yang tidak lengkap. Pengewapan tidak lengkap berlaku apabila gas habis. Walau bagaimanapun, kebocoran juga boleh terhasil disebabkan isu-isu lain. Dalam kes itu, adalah perlu untuk berunding dengan pakar supaya dapat menyelesaikan masalah sekiranya ia berkaitan dengan kekurangan gas atau tidak.

 

3. Penyaman udara berfungsi secara berterusan
Biasanya, aircon akan berfungsi untuk tempoh masa yang singkat dan berhenti apabila bilik telah sejuk seperti suhu yang diinginkan. Tetapi jika anda sedar bahawa air-cond anda berfungsi tanpa henti, dan ia memerlukan anda untuk menghentikannya, maka ia memerlukan servis. Biasanya ia disebabkan dua perkara yang menyebabkan masalah ini. Pertama, kapasiti penyejukan penyaman udara telah turun, atau sensor suhu tidak berfungsi. Apapun punca masalah tersebut, anda perlu membawanya kepada syarikat penyelengaraan ac supaya gas penyaman udara dapat digantikan.

 

4. Apabila prestasi penyejukan turun
Ini merujuk kepada jumlah masa aircond yang diambil untuk meyejukkan bilik. Sebuah penyaman udara yang berfungsi dengan baik hanya memerlukan masa yang singkat untuk menyejukkan bilik. Anda juga akan sedar perbezaan kesejukan penghawa dingin anda sekarang dengan pada masa kali pertama anda menggunakannya. Jika ini berterusan, ia menunjukkan bahawa aircond perlu diisi gas R-22 atau R410A. Perkara yang terbaik boleh dilakukan ialah memanggil syarikat servis gas dan mengisi semula gas penyaman udara anda dengan gas freon yang berkualiti tinggi dan harga berpatutan. Anda perlu mula mencari syarikat yang menyediakan perkhidmatan aircon yang bagus dengan harga yang murah.

 

5. Bunyi luar biasa
Air cond yang baru atau diselenggara dengan baik tidak akan banyak menghasilkan bunyi. Walau bagaimanapun, jika anda terus menggunakannya, bahagian-bahagian tersebut akan longgar dan tercabut. Jadi, ia akan menghasilkan bunyi. Apabila ia menghasilkan secara berlebihan, ianya menunjukkan bahawa petanda perlu mendapatkan servis. Antara yang perlu adalah seperti menggantikannya dengan gas freon yang berkualiti tinggi.

 

6. Air cond tertutup dan terbuka
air-cond yang baru dan diperbaiki dengan baik akan automatik buka dan tutup setelah beberapa masa dan tidak terlalu kerap. Ia perlu diberi tempoh masa, dan memerlukan masa sebelum menghidupkannya semula. Maka sudah tentu ianya memerlukan servis sekiranya sering terbuka dan tertutup secara kerap daripada kebiasaannya. Jadi, isilah gas penyaman udara anda di syarikat servis penyaman udara yang dipercayai.

 

Perkhidmatan air cond rumah murah di Kuala Lumpur dan Selangor

Kami menerima kerja-kerja servis dan pemasangan aircond di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

 

Kawasan Perkhidmatan di Kuala Lumpur :

Ampang ,Bandar Damai Perdana, Bandar Menjalara, Bandar Tasik Selatan, Bangsar, Bukit Bintang, Bukit Ledang, Country Heights, Damansara Heights,

Desa Pandan, Desa Petaling, Gombak, Jalan Ipoh, Jalan Kuching, Jinjang, Kenny Hills, Kepong, Keramat, KL Sentral, Kuchai Lama, Old Klang Road,

Salak Selatan, Segambut, Sentul, Seputeh, Setapak, Setia Eco Park, Setiawangsa, Solaris Dutamas, Sri Damansara, Sri Hartamas, Sri Petaling,

Sungai Besi, Taman Desa, Taman Duta, Taman Melawati, Taman OUG, Titiwangsa, TPM, Wangsa Maju.

 

Kawasan Perkhidmatan di Selangor :

Balakong, Bandar Bukit Tinggi, Bandar Sunway, Bandar Utama, Bangi, Banting, Batu Caves, Beranang, Bukit Jalil, Bukit Jelutong, Cheras, Dengkil,

Mont Kiara, Kajang, Kelana Jaya, Klang, Kota Kemuning, Pandan Jaya, Pandan Indah, Petaling Jaya, Puchong, Selayang, Sepang, Seri Kembangan,

Setia Alam, Shah Alam, Subang Jaya, Sungai Penchala, Taman Sentosa, Taman Tun Dr Ismail, Usj Subang.

 

 

Kami pakar servis penghawa dingin bagi jenama berikut:

Daikin Air Conditioning, York Air Conditioning, Hitachi Air Conditioning, National Panasonic Air Conditioning,

Acson Air Conditioning, LG Air Conditioning, Carrier Air Conditioning, Mitsubishi Air Conditioning.

 

 

air condition servicing

 

Baca lagi: