Perkhidmatan Buka Dan Pasang Aircond Rumah


Servis pasang aircond untuk rumah. Bagi mana-mana penduduk di Malaysia, hampir kebanyakannya mustahil untuk hidup tanpa mempunyai aircond di rumah mereka. Apabila tiba masa untuk menukar aircond yang lama, atau sedang membuat pilihan untuk rumah yang bakal didiami, anda perlu berfikir dengan lebih mendalam jika ianya melibatkan penyejukan.

 

upah pasang aircond

 

Kebanyakan orang tahu bahawa mereka memerlukan penghawa dingin, namun begitu ianya agak sukar apabila ingin membuat pemilihan untuk meletakkannya di tempat yang sesuai. Tetapi, dengan hanya membeli aircond yang berkualiti tidak akan menjamin ianya akan melakukan kerja seperti pemasangan yang tepat. Dalam artikel ini anda akan didedahkan dengan tips dan cadangan tentang cara yang terbaik dalam pemasangan penyaman udara.

 

 

pasang penyaman udara

 

Sekiranya ini merupakan kali pertama anda membeli penghawa dingin , panduan ini mungkin amat berguna. Anda perlu mempertimbangkan beberapa faktor seperti dari segi kuasa, penggunaan elektrik bulanan dan penyelenggaraan sebelum membuat keputusan untuk membeli unit air cond.

 

 

tips pemasangan aircond rumah

 

7 tips pemasangan penghawa dingin rumah – Download pdf percuma di sini !

 

 

 

Membuat Anggaran Bajet

Sekiranya anda tidak membuat anggaran dengan betul, maka anda tidak dapat membeli penyaman udara yang sesuai untuk rumah anda. Secara idealnya, anda perlu mempunyai bajet yang terbaik kerana aircond ini juga adalah untuk kebaikan anda. Anda perlu memahami bahawa dengan mempunyai anggaran yang baik, anda juga akan memperoleh penghawa dingin yang tepat. Oleh sebab itu, mempunyai anggaran yang bagus amat penting dan perlu menggunakannya dengan betul.

 

 

harga pasang aircond rumah

 

 

Berapakah Kos Pemasangan Penyaman Udara?

Saiz rumah anda menentukan jumlah kerja yang akan dilakukan untuk menjalankan pemasangan penyaman udara. Kebiasaannya, kecekapan unit aircond diukur dalam tan/kuantiti haba yang boleh dikeluarkan daripada rumah dalam masa 1 jam iaitu dalam BTU (unit termal British). Semakin besar rumah, semakin banyak tenaga penyejukan yang diperlukan untuk mengekalkan suhu bilik yang diidamkan.

 

 

Senarai Harga Pasang Aircond Rumah 2017 :

kos pemasangan aircond

 

NOTE: * Senarai harga di atas termasuk 10 kaki copper paip dan pvc paip

 

 

Walaubagaimanapun, sistem pemanasan atau penyejukan yang lebih besar bukanlah terbaik dalam setiap senario. Mengapakah saiz unit yang betul amat penting? Unit yang kurang saiz tidak mampu untuk menyejukkan bilik dengan sepenuhnya ketika hari yang sangat panas dan akan meningkatkan kos disebabkan ianya perlu beroperasi dengan lebih lama berbanding saiz yang sepatutnya.

 

pemasangan aircond pejabat dan rumah

 

Pemampat yang terlalu besar juga menyebabkan kos operasi meningkat kerana ianya mudah untuk menggunakan lebih banyak elektrik bagi menjalankan unit yang lebih besar. Unit seperti ini juga tidak mengurangkan kelembapan secara efektif. Ini disebabkan oleh udara disejukkan dengan lebih cepat sehingga ianya dimatikan sendiri sebelum berpeluang untuk mengedarkan udara dalam kuantiti yang betul supaya udara tersebut melepasi gegelung bagi mengeluarkan kelembapan yang diperlukan. Hasilnya bilik tidak akan sejuk seperti yang ditunjukkan oleh suhu. Tambahan pula, tempoh masa diambil untuk pemasangan adalah berkadar terus dengan saiz rumah kerana setiap bilik mungkin memerlukan pemeriksaan pemasangan.

 

 

Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Semasa Memasang Sistem Penyaman Udara

 

Jumlah masa yang diperlukan untuk memasang penyaman udara

Masa yang diperlukan untuk memasang penyaman udara di rumah bergantung kepada kontraktor yang diupah oleh anda. Kontraktor yang berpengalaman boleh memeriksa premis dan mencadangkan pelbagai jenis aircond yang ideal untuk rumah anda.

Namun, sesetengah pemilik rumah sudah mempunyai peralatan pilihan mereka dan ini menjimatkan masa yang diperlukan untuk kerja tersebut. Kontraktor tersebut akan menentukan tempat yang memerlukan pemasangan bagi mengekalkan suhu bilik. Meletakkan aircond di mana-mana tempat tanpa pemerhatian yang baik menyebabkan suhu bilik tidak efektif iaitu tidak sama seperti yang diinginkan.

 

 

 

ac pejabat dan rumah

 

Baca lagi:

 

 

Memasang aircond unit dalaman

Pertama, anda perlu memilih lokasi yang tidak dihalang, iaitu jauh dari haba langsung atau cahaya matahari dan sekurang-kurangnya 6 kaki dari lantai. Bingkai pelekap perlu dilampirkan terlebih dahulu pada dinding sebelum menebuk lubang untuk membolehkan paip luar berfungsi.

Sambungan elektrik dalam unit perlu diperiksa sebelum pendawaian dan paip terikat bersama dengan pita elektrik dan berfungsi dengan kemas melalui dinding. Sebelum memasang unit itu pada pelekap, tumpukan perhatian pada paip air untuk memastikan saliran air ke lokasi yang sesuai.

 

servis pasang ac

 

Memasang pemeluwapan luar

Pemeluwapan luar perlu diletakkan secara ideal iaitu berdekatan dengan unit dalaman, sekurang-kurangnya sepanjang 10 kaki jarak daripada antena elektrik dan bukan di tempat yang sibuk atau berhabuk. Semasa pemasangan biasa, pemeluwapan akan diletakkan di atas pad konkrit yang besar pada ketebalan yang sesuai untuk melindungi unit daripada terkena air ketika musim hujan.

 

penyaman udara outdoor unit

 

Memeriksa status penebat

Sekiranya rumah anda tidak mempunyai penebat yang sesuai, maka anda tidak akan memperoleh hasil yang baik walaupun selepas pemasangan penghawa dingin yang betul. Bagi memastikan anda mendapat hasil yang terbaik, saya mencadangkan anda untuk menyemak tips yang berkaitan dengan bahagian penebat. Anda perlu melakukan penebat pada tingkap supaya tidak berlaku kebocoran udara sejuk yang keluar dari bilik anda.

Tambahan pula, adalah dinasihatkan untuk anda mencuba mengurangkan saiz bilik anda sebaik mungkin. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai siling yang tinggi, maka anda boleh mengurangkan saiz tersebut dengan bantuan tambahan siling yang palsu. Anda juga boleh mengurangkan saiz bilik dengan cara yang membina seperti meletakkan perabut di dalam bilik. Petua-petua tersebut dapat mengurangkan bebanan aircond dan sudah pastinya anda juga akan mendapat hasil yang terbaik.

 

check ac

 

Kedudukan termostat yang betul

Sentiasa memastikan termostat tidak berdekatan dengan dengan lampu atau sebarang peralatan penjanaan haba yang lain. Sekiranya termostat sentiasa terdedah pada haba, maka bil tenaga akan meningkat disebabkan oleh aircond anda bekerja lebih masa. Aircond yang bekerja lebih had akan menyebabkan penyejukan yang tidak betul, tahap kelembapan yang tidak sihat dan meningkatkan kos penyelenggaraan. Tambahan lagi, penggunaan air cond secara berlebihan akan menggurangkan tempoh jangka hayatnya.

 

 

ac indoor unit

 

Memeriksa kebocoran

Apabila melakukan pemasangan penyaman udara, adalah amat penting untuk memeriksa tahap penyejuk atau Freon dalam sistem. Kebocoran boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dan freon atau penyejuk kehilangan sebanyak 10 peratus dan boleh menghasilkan bil elektrik tambahan yang tinggi. Kebanyakannya pemasang tidak memeriksa kebocoran kerana mereka beranggapan bahawa ianya adalah sistem penghawa dingin yang baru, namun kadang-kala sistem tersebut rosak semasa pemasangan yang boleh menyebabkan kebocoran.

 

penyelenggaraan penghawa dingin

 

Kedudukan yang sesuai untuk penyaman udara

Kondenser yang paling senyap juga turut membuat bunyi bising, maka anda perlu bekerjasama dengan kontraktor anda untuk mencari tempat yang sesuai iaitu tidak berdekatan dengan bilik ataupun tingkap pejabat. Jangan tempatkan kondenser di bawah dek tidak bertutup dengan sepenuhnya kerana ia akan mengeluarkan udara hangat di atas. Sekatan aliran udara akan mengurangkan kecekapan unit tersebut. Walaubagaimanapun, anda boleh menyembunyikan pemeluwapan daripada lanskap asalkan udara sekeliling boleh mengedar dengan bebas.

 

penghawa dingin rumah

 

Mendapatkan kebenaran daripada pengawai keselamatan

Pemasangan aircond di Kuala Lumpur dan Selangor, Malaysia, mungkin tidak begitu mudah bagi kebanyakan orang kerana anda perlu meminta kebenaran daripada pejabat terlebih dahulu. Sekiranya anda tidak mendapatkan kebenaran, ianya akan menjadi masalah yang besar kepada anda. Selain itu, anda juga perlu memahami bahawa anda mungkin memerlukan pelbagai jenis kebenaran untuk lokasi yang berbeza.

Jika anda tinggal di sebuah kondominium atau apartment, anda perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa yang bertanggungjawab ke atas kebenaran untuk keluar masuk. Selain itu, apabila anda melakukan pemasangan terhadap unit luaran, maka anda perlu untuk mencari tempat pemasangannya juga. Jadi, adalah dinasihatkan supaya anda mengikuti cadangan berikut dan mendapatkan kebenaran yang diperlukan untuk pemasangan di rumah anda.

 

 

 

Apakah Jenis Sistem Aircond Yang Terbaik Untuk Saya?

Untuk memudahkan pembelian aircond anda, maka disini terdapat panduan yang terbaik untuk memilih unit tersebut. Anda harus membacanya sebelum ke kedai yang ingin dituju.

 

tip membeli penghawa dingin

6 tips beli aircond dan penghawa dingin rumah – Download pdf percuma di sini !

 

 

 

1. Memilih kapasiti penghawa dingin anda

Penghawa dingin diklasifikasikan berdasarkan kapasiti kesejukannya, dimana ianya dinyatakan dalam bentuk unit termal British (BTU). Terdapat BTU yang dicadangkan untuk saiz bilik seperti kesejukan yang diingini oleh anda. Memadankan BTU yang betul dengan saiz bilik adalah amat penting supaya anda tidak membuatkan unit tersebut bekerja terlebih had.

Anda harus ingat bahawa sebuah aircon dengan BTU rendah dan ditempatkan di dalam bilik besar akan menghasilkan kesejukan yang rendah atau tidak sejuk sama sekali. Ini akan membawa kepada menghidupkan penyaman udara anda untuk tempoh yang lebih lama daripada yang diperlukan, dimana ianya akan menghasilkan penggunaan elektrik yang tinggi dan unit tersebut perlu bekerja dengan lebih masa serta memerlukan pembaikan dengan lebih cepat.

 

ac indoor unit

 

2. Semak EER anda

Kebanyakan unit aircon di Malaysia mempunyai label nisbah kecekapan tenaga atau dikenali sebagai EER ( Energy Efficiency Rating ). Semakin tinggi EER, semakin tinggi penjimatan anda dalam bil elektrik. Perhatikan bahawa kebanyakan label EER dinilai berdasarkan tanda. Sekiranya aircon anda mempunyai lima tanda, maka ia menunjukkan EER adalah yang tertinggi.

Unit penghawa dingin dengan EER yang tertinggi adalah lebih mahal. Namun, anda boleh mengatasinya dengan kos pendahuluan melalui penjimatan tenaga dari semasa ke semasa.

 

energy efficient rating EER

 

3. Memilih aircond yang mempunyai ciri baik

Memandangkan dengan pembelian utama, maka terdapat sedikit ciri-ciri lebihan yang turut hadir bersama dengan aircond anda yang akan memberi lebih manfaat.

Ciri-ciri pintar seperti masa yang boleh diprogramkan akan memberikan anda kelebihan dari segi keselesaan dan kemudahan. Anda boleh memprogramkan air cond dengan menghidupkannya 30 minit awal sebelum anda tiba di rumah. Maka sebaik sahaja melangkah, anda akan merasai kesejukan dan keselesaan di dalam bilik tidur setelah mengharungi kepanasan di tempat kerja. Anda juga boleh memprogramkan penghawa dingin dengan mematikannya beberapa minit sebelum anda bangun dari tidur, jadi anda boleh memanfaatkan lebihan sisa kesejukan sebelum anda keluar.

 

servis memasang penyaman udara

 

 

4. Keputusan memilih penyaman udara jenis pisah

Unit penyaman udara sama ada tingkap atau jenis pisah (split). Unit yang jenis tingkap adalah lebih mudah untuk dipasang. Anda dengan mudahnya perlu untuk mempunyai pemutus litar dan lubang di dinding. Bagi air cond jenis pisah, ianya memerlukan paip yang akan melalui unit pemeluwapan luaran untuk udara panas dan unit gegelung kipas dalaman akan dipasang untuk menghantar udara sejuk. Perbezaan antara air cond jenis pisah dan tingkap adalah dari segi pengurangan bunyi. Umumnya, air cond jenis pisah adalah lebih senyap.

 

Servis Pasang Aircond Rumah – Video

 

 

5. Memudahkan penyelenggaraan aircond

Salah satu kesalahan yang biasa dibuat oleh pemilik rumah adalah apabila membeli aircond dan mengabaikan penjagaannya seteleh membeli dan menggunakannya. Kebanyakan orang berfikir bahawa apa yang mereka perlu lakukan adalah dengan menghidupkan dan mematikannya serta tidak melakukan perkara yang lain. Mengekalkan air cond anda adalah amat penting. Membaiki dan menyelenggara aircond dengan kerap akan memanjangkan usia penyaman udara, mengurangkan penggunaan tenga dan memeberikan anda kesejukan yang optimum.

Jadi, sebelum anda membuat keputusan untuk membeli penghawa dingin , periksa dahulu sekiranya anda mampu untuk mengekalkannya atau berapakah kos yang diperlukan untuk mengupah perkhidmatan penyelenggaraan. Ingat, kebanyakan jenama mempunyai tempoh jaminan, maka anda perlu mempertimbangkan faktor ini sebaiknya.

 

 

 

hubungi kami

 

 

6. Adakah penyaman udara berjenama penting?

Memang tidak dinafikan jenama yang popular akan mempengaruhi anda sebelum membeli sesebuah unit aircond, terutama sekali apabila anda ingin mempertimbangkan pengalaman pembuatan jenama air cond anda. Ingat, jenama yang lebih lama dalam industri penyejukan adalah lebih dipercayai, seterusnya unit-unit mereka juga kebanyakannnya lebih tahan lama. Akhir sekali, perkara yang anda tidak inginkan adalah membazirkan wang dengan membeli jenama yang tidak boleh dipercayai serta mudah rosak.

 

 

servis area kl selangor

 

 

6 tips beli aircond dan penghawa dingin rumah – Download pdf percuma di sini !

 

 

Menjaga Kualiti Udara Dalam Rumah

Rumah adalah titik utama dalam hidup anda dan adalah amat penting untuk menjaganya dalam keadaan yang terbaik. Persekitaran hidup mempengaruhi fizikal, emosi dan aspek sosial anda. Tambahan lagi, ianya turut mempengaruhi aspek kesihatan seperti banyak penyakit yang disebabkan oleh tinggal dalam keadaan tempat kualiti udara yang mempunyai aliran udara tidak mencukupi. Tambahan lagi, penyakit yang dibawa oleh udara adalah disebabkan oleh pencemaran dan peredaraan udara yang kurang efektif.

 

coolairservis di kl

 

 

Dengan memasang air cond di rumah anda, udara yang terhasil lebih segar serta turut memberikan suhu yang anda idamkan. Walaubagaimanapun, untuk menjadikan pemasangan tersebut berjaya, anda dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan dari kontraktor penyejukan yang berpengalaman. Sesetengah kontraktor penyejukan di Malaysia menawarkan perkhidmatan perundingan serta anggaran secara percuma.

Di Malaysia, air cond merupakan keperluan praktikal yang akan membantu anda untuk melawan haba serta melindungi daripada matahari. Kami berharap agar panduan ini dapat membantu anda membuat pilihan yang lebih bijak untuk membeli air cond yang akan anda bawa ke rumah hari ini.

 

 

Baca lagi :  Adakah Aircond Menyebabkan Anda Mengalami Alahan?