Adakah penyaman udara yang menyebabkan anda mengalami alahan?


Rumah adalah tempat dimana anda berehat dan menikmati masa lapang. Ia adalah salah satu ruang yang menyebabkan anda berasa selesa, jadi seharusnya ia perlu sihat dan bebas dari pencemaran termasuklah habuk dan juga alergen.

 

penyaman udara allergic

 

 

Udara Dalaman Dan Alahan

Kebanyakan orang tidak mengetahui tentang kepentingan kualiti udara dan kesannya terhadap keseluruhan kesihatan mereka. Adakah anda tahu bahawa kualiti udara di dalam rumah anda lebih tercemar berbanding udara diluar? Pakar kesihatan memberi amaran bahawa udara di dalam rumah adalah dua hingga lima kali lebih tercemar berbanding udara luar, jadi ia adalah salah satu idea yang bijak untuk membuat ujian terhadap udara di dalam rumah anda adakah ianya tercemar dan mempunyai bakteria.

 

alahan hidung mata gatal

 

Udara di dalam rumah amat penting apabila ianya berkait dengan kesihatan keluarga anda, dimana anda perlu memastikan bahawa ianya bersih dan bebas daripada bakteria yang akan membawa kepada alahan. Kebanyakan orang menyalahkan habuk dan juga lain-lain bentuk bakteria terhadap alahan yang mereka alami, namun udara yang masuk ke dalam rumah anda juga turut memainkan peranan utama.

 

kebersihan rumah
Sebahagian isu menyatakan bahawa mereka lebih cenderung untuk menutup rapat rumah mereka, jadi elemen yang tidak baik seperti hama, kulat, spora, debunga, bakteria, virus dan bulu telah terperangkap di dalam rumah. Pencemaran bahan tersebut tiada tempat untuk dituju, oleh itu ianya turut dikitar melalui aircond anda.

 

alergik hidung gatal

 

Tambahan pula, sistem aircond yang kotor juga turut bertanggungjawab terhadap tindak balas alahan, di mana ianya mungkin berbeza daripada seseorang dengan yang lain. Sebagai akibatnya, bukan hanya kesihatan anda sahaja turut terjejas. Hal ini kerana alahan juga dapat menghalang anda dari menyiapkan kerja tugasan harian.

 

Kesan udara yang teruk dan alergik

 

alahan aircond

 

Kesihatan – debunga, habuk, kulat, bakteria dan bulu haiwan peliharaan juga dapat membawa kepada alahan, asma atau masalah pernafasan yang lain. Udara yang tidak sihat juga dapat menjadi punca masalah terhadap alahan tersebut. Ianya dapat meningkatkan gejala tersebut dan mungkin juga menyebabkan mereka yang tidak mempunyai alahan turut dijangkiti. Bau dan wap kimia akan menyebabkan sakit kepala, keletihan dan tindak balas alahan atau alergik.

Keselesaan – terlalu banyak atau terlalu sikit kelembapan juga dapat memberi kesan terhadap apa yang anda rasa. Udara yang lembap menyebabkan melekit dan suhu di dalam rumah menjadi lebih panas dari kebiasaannya. Anda mungkin akan berasa lebih selesa apabila menjadikan air cond berfungsi lebih masa, namun kelembapan dapat menggalakkan pertumbuhan kulat dan bakteria yang akan menyebabkan alahan.

 

kulat air cond

 

Sekiranya anda memang mempunyai alahan, keadaan akan menjadi lebih teruk di mana akan membawa kepada masalah yang lebih banyak. Jangan sekali-kali lupa bahwa kulat juga mampu menjadi salah satu pencemaran di dalam sistem penyaman udara anda, yang mungkin akan mencetuskan kepada jangkitan toksin sehingga memerlukan rawatan di hospital. Anda perlu mengambil peduli aspek ini terutamanya jika ahli keluarga anda amat sensitif terhadap kulat, yang mungkin menjadi perkara biasa dan dapat mencetuskan reaksi alahan atau alergik yang serius.

 

asma penyaman udara

 

 

Penapis udara yang kotor mampu membawa kepada pelbagai masalah

Penapis air cond memainkan peranan penting iaitu menyebarkan bahan pencemar di dalam bilik ketika aircond dihidupkan. Penapis udara yang kotor dapat memberi kesan yang negatif terhadap prestasi penyejukan unit aircond anda. Apabila penapis anda kotor, bukan hanya kualiti udara sahaja terjejas namun udara juga tidak dapat melaluinya dengan mudah. Kipas blower dalam sistem penyaman udara juga perlu bekerja keras untuk mengalirkan udara di dalam rumah anda.

 

servis air cond

 

Semakin tersumbat penapis udara, semakin tinggi tenaga yang unit anda perlukan untuk memastikan udara mengalir di dalam rumah. Oleh itu, adalah amat penting untuk memastikan penapis penghawa dingin anda bersih atau digantikan supaya udara yang dihasilkan bersih dan bebas daripada pencemaran.

Adalah penting juga untuk aircond anda diperiksa secara teratur dalam usaha menghapuskan bahan pencemar seperti kotoran, zarah asap, bakteria dan kulat. Pembersihan dan pembasmian kuman secara tetap terhadap air cond anda akan menghalang sebarang kemungkinan untuk kulat daripada merebak dan menjejaskan kesihatan semua orang di rumah atau di tempat kerja.

Tidak menyelenggara aircond anda dengan tetap juga akan mempengaruhi gaya hidup, dan pada masa yang sama menyebabkan anda tergolong sekali dalam golongan yang mempunyai masalah kesihatan. Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan, dan nampaknya ramai orang di Malaysia telah berhadapan dengan masalah yang disebabkan oleh kotoran di dalam sistem air cond mereka.

 

 

 

Bakteria yang merbahaya dalam aircond mampu menjadi peyebab anda sakit

Sekiranya aircond mempunyai pengudaraan yang teruk, atau sistem aircond tidak dbersih dengan dengan baik dari masa ke semasa, suhu dan kelembapan dalam bahagian dalaman sistem yang membawa kepada pembentukan dan pembiakan microorganisma terutamanya kulat.

 

alergik sakit
Ini akan membawa kepada pengumpulan habuk dan bakteria di dalam penapis udara dan juga bahagian lain di dalam air-cond, yang akan menyebabkan kepada masalah kesihatan seperti alahan, keletihan, demam dan selesema. Orang yang mempunyai kulit sensitif juga akan berhadapan dengan kulit yang kering dan gatal. Dalam kes yang serius, terdapat juga gejala yang membawa kepada penyakit air cond, atau penyakit legionnaires dalam terma perubatan.

Terdapat beberapa sebab sekiranya anda tidak menyelenggara air-cond secara tetap dapat meletakkan anda pada risiko. Terutamanya, kotoran dapat membawa kepada pembentukan beberapa pencemaran termasuklah bakteria dan virus yang mungkin memberi kesan buruk terhadap kesihatan anda.

 

gatal kulit alahan

 

Pernahkah anda terfikir apabila salah seorang daripada ahli rumah anda demam, ianya akan menjangkiti seorang demi seorang? Jika ya, anda perlu tahu bahawa ianya mungkin bukan hanya disebabkan oleh demam namun pendedahan terhadap pencemaran yang terdapat di dalam sistem air cond. Jika anda pilih untuk tidak menyelenggara penghawa dingin tersebut, pencemaran akan merebak dimana ianya akan memberi kesan terhadap kesihatan seisi keluarga.

 

Lindungi rumah anda daripada kulat

Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), sebahagian besar daripada 300 juta kes yang melibatkan kanak-kanak yang dijangkiti asma dikaitkan dengan pendedahan terhadap kelembapan dalaman dan kulat.

 

kulat air cond di rumah

 

Kulat boleh menjadi sesuatu yang menjengkelkan sekiranya tidak dipeduli atau dirawat dengan segera, ia akan mewujudkan habuk, baka bakteria, dan menyebabkan bau yang kurang menyenangkan. Tetapi yang paling serius adalah ianya sangat berbahaya terhadap kesihatan seseorang. Kulat mengeluarkan air-born spore, bernafas dengan spora tersebut sangat menggangu sistem pernafasan kita. Ia menyebabkan batuk, hidung berair atau gatal, bersin dan mata berair atau gatal. Sekiranya anda mempunyai alahan, ia akan membuatkan anda merasa tidak selesa melalui peningkatan gejala tersebut.

Serangan kulat dapat membawa kepada risiko kesihatan yang lebih besar dan isu-isu seperti hipersenviti pneumonitis. Radang paru-paru boleh menyebabkan demam, menggigil dan juga sakit badan. Sekiranya anda atau ahli keluarga sudah mempunyai penyakit pernafasan, seperti asma atau emphysema, anda perlu melindungi diri anda daripada pendedahan secara berterusan terhadap kulat dan kawalan terhadap risiko kesihatan.

 

sebut harga percuma

 

 

Adakah penyaman udara anda mempunyai kulat?

Sistem air cond kami berfungsi untuk membuang kelembapan. Namun lama kelamaan udara lembap dalam penghawa dingin akan bergabung dengan habuk yang dapat melepasi penapis udara, mula untuk mengumpul di dalam pengendali udara, kipas blower dan juga melalui sistem saluran air cond. Ini dapat menyediakan tempat kepada kulat untuk membiak. Tanda pertama yang mungkin menunjukkan penghawa dingin tersebut berkulat adalah melalui bau yang hapak semasa ianya beroperasi.

 

air cond filter dalam

 

Penghawa dingin yang berkulat dapat merebak ke seluruh rumah setiap kali anda menghidupkannya dan pendedahan kulat membawa kepada beberapa masalah kesihatan termasuklah gangguan pernafasan dan tindak balas alahan. Kulat yang terdapat di dalam penghawa dingin perlu dihapuskan dengan secepat mungkin demi melindungi kesihatan anda dan juga yang tersayang.

Semua pemilik rumah dikehendaki untuk mengetahui dan memahami bahaya mempunyai kulat di dalam penghawa dingin anda. Ia adalah penting untuk melakukan pemulihan terhadap kulat kerana ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti batuk, bersin, gatal mata, hidung gatal dan juga menjadi punca utama keadaan kesihatan yang serius seperti asma dan lain-lain.

 

hubungi kami

 

Kebanyakan orang tidak peduli terhadap pembentukan kulat di dalam rumah mereka, oleh itu mereka telah meletakkan penghuninya di dalam risiko yang terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan. Anda boleh mengelakkan pengumpulan kulat melalui dengan mempunyai persekitaran dalaman yang bersih dengan pembersihan penghawa dingin secara tetap dan efektif serta pemulihan kuman melalui perkhidmatan pembasmian aircond kulat di Malaysia.

 

Bagaimanakah saya perlu tahu sekiranya aircond saya mempunyai kulat?

Anda perlu memeriksa saluran air-cond jika terdapat pembentukan kulat di kawasan rumah anda atau bau yang hapak di dalam bilik tetapi kulat tersebut tidak kelihatan di mana-mana tempat. Sekiranya anda tidak pasti jika terdapat kulat pada saluran penghawa dingin anda atau tidak, anda boleh mengesahkan dengan menggunakan alat penguji dan menguji kulat tersebut.

 

kulat kuman bakteria aircond

 

Jika sekali terdapat kulat di dalam sistem aircond anda, ia boleh menjadi amat sukar untuk dihapuskan. Alasannya, anda perlu melakukan segala yang mungkin untuk mencuba dan menghalang kulat dari bertapak di kawasan tersebut. Anda juga perlu untuk membersihkan penyaman udara secara tetap.

Pastikan juga penapis bersih dan dilengkapi dengan baik. Itu adalah pertahan yang pertama untuk melawan spora kulat. Jadual penyelenggaraan penyaman udara secara tetap juga perlu merangkumi saluran air condition dibersihkan dan memastikan mana-mana dulang penyejatan dalam unit aircon dibersihkan secara menyeluruh dan dibasmi. Anda perlu melakukannya sekurang-kurangnya pada setiap 12 belas bulan atau dengan sekerap yang mungkin.

 

 

Bagaimanakah saya dapat meningkatkan kualiti udara dalam rumah?

Anda perlu belajar tentang kaitan antara udara dalaman dan alahan sebelum anda cuba bekerja keras untuk memastikan udara di dalam rumah anda adalah bersih daripada segala alergen. Itulah sebabnya mengapa kami telah membuat keputusan untuk menyediakan beberapa tips yang dapat membantu anda bagi memperbaiki keadaan udara di dalam rumah anda.

 

kualiti udara dalam

 

 

Meningkatkan pengudaraan tertutup

Salah satu cara terbaik untuk memastikan anda tidak merana disebabkan udara dalaman yang teruk dan alahan adalah dengan meningkatkan pengudaraan dalam rumah anda. Apabila udara memasuki rumah anda, ia membawa bersama habuk, bakteria, pelepasan gas, kotoran dan alergen. Anda perlu memastikan bahawa udara yang memasuki rumah tidak berkumpul di dalamnya, kerana ia akan menyusutkan kualiti udara dalaman di rumah anda. Jadi pastikan bahawa rumah anda mendapat pengudaraan yang baik untuk meningkatkan kualiti udara dan menghapuskan alahan.

 

aircond udara bersih

 

 

Menghidupkan penyaman udara

Jika anda risau terhadap udara dalaman dan alahan, salah satu cara untuk memastikan bahawa kualiti udara dalaman adalah bersih ialah dengan menghidupkan air condition di rumah anda dan pastikan tingkap dikunci. Ini akan memastikan bahawa bahan tercemar tidak memasuki rumah anda dan anda juga akan mampu untuk bernafas dalam keadaan yang bersih dan bebas bakteria. Terdapat juga aircon yang mengawal kualiti udara dalaman dan mengekalkan keseimbangan udara yang bersih di dalam rumah .

 

air cond service

 

 

Memasang penapis udara (HEPA) yang mempunyai kecekapan yang tinggi

Penapis HEPA juga dikenali sebagai pembersih udara yang berkecekapan tinggi adalah amat bermanfaat apabila ia terlibat dengan menguruskan udara dalaman dan menghapuskan alergen. Penapis tersebut akan menyedut udara dan sentiasa menapis, untuk memastikan bahawa mana-mana zarah habuk, atau alergen yang berjaya menyelinap masuk ke dalam rumah anda akan ditarik keluar dan ditapis. Ini adalah salah satu cara yang terbaik dan paling efektif untuk memastikan kualiti yang tinggi terhadap udara dalaman anda.

 

tukar penapis udara

 

 

Penyelengaraan aircond dan servis pembasmian cucian di Malaysia

Perkhidmatan yang betul dan pembersihan aircon juga boleh membantu untuk mengurangkan udara dalaman yang tercemar. Dengan kepakaran kami selama bertahun-tahun dalam pembasmian sistem air condition, kami akan memastikan bahawa saluran air condition anda bersih, bebas habuk dan sihat demi menjamin kesihatan anda dan keluarga anda. Sila hubungi kami di coolairservis untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana kami boleh membantu anda.

 

 

penyaman udara alahan