Berasa panas dan lembap sepanjang masa?Sekiranya anda kerap berpeluh dan berasa amat tidak selesa, anda mungkin memerlukan khidmat syarikat penyenggaraanaircond untuk membantu anda. Jangan segan dan mulakan pencarian perkhidmatan penyenggaraan penghawa dingin di Kajang Cheras dan Balakong.
Penghawa dingin merupakan antara peralatan penting bagi kebanyakan hartanah di Kajang Cheras Balakong pada masa kini. Apabila anda tinggal di Malaysia, anda memerlukan unit aircon berkualiti tinggi, agar anda berasa selesa di rumah, pejabat, dan apartmen anda.Adalah satu keperluan untuk mendapatkan syarikat penyenggaraanaircon terbaik pada masa kini.Terdapat beberapa pakar service air-cond di Kajang , Cheras ,Balakong. Dengan ini, kami dengan gembiranya mengumumkan syarikat penyenggaraan professional kami.Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus memilih kami sebagai syarikat penyenggaraan penghawa dingin kegemaran anda di Kajang , Cheras dan Balakong.
Berbanding memasang air-cond baru apabila yang ada sekarang kerap rosak, penyenggaraan aircon akan membuatkan air-condition sedia ada seakan baru dan bersih, seperti sewaktu anda baru sahaja membelinya.
Kebanyakan syarikat servis air condition mengenakan caj yang agak besar untuk perkhidmatan mereka. Namun, harus diambil kira akan hasil kerja mereka yang bermutu, kerana ada sesetengah syarikat yang diketahui sering menggunakan produk berkualiti rendah. Sebagai peralatan elektrik berkuasa tinggi, sebuah air-cond tidak boleh menjana tenaga yang mencukupi untuk ia beroperasi secara baik.
Dengan mendapatkan khidmat pakar aircond daripada syarikat yang boleh dipercayai, anda mendapat kelebihan untuk mengetahui fakta-fakta menarik mengenai air-cond. Mereka juga dapat memberikan kepada anda panduan mengenai cara yang betul untuk menjaga dan mengguna aircond. Syarikat yang dipercayai juga akan menasihati anda mengenai memilih aircon yang bersesuaian, cara penyenggaraan yang betul serta tempoh-tempoh yang berkaitan untuk menyenggara. Jadi, mengapa cari yang murah tetapi berisiko? Pastikan anda merujuk aircon servicing Kajang,Cheras dan Balakong untuk keperluan aircon anda dan juga pelbagai perkhidmatan lain. Anda pasti tidak menyesal, malah berpuas hati akan perkhidmatan yang diberikan.
Masih berfikir bila mahu service aircond anda?Untuk ramai orang, cuaca lembap dan panas Kajang ,Cheras ,Balakong bermakna terdapat keperluan untuk mempunyai persekitaran berhawa dingin untuk memastikan tahap keselesaan untuk tubuh badan manusia; lebih-lebih lagi pada hari tahap merkuri meninggi.Oleh itu, adalah lazim untuk melihat tempat-tempat seperti pejabat, pusat membeli-belah, system pengangkutan, malahan rumah dikengkapi dengan aircond.Bekerja dalam suhu yang sejuk ada kelebihannya, seperti kesegaran minda yang lebih baik dan tahap produktiviti yang lebih tinggi tanpa kelesuan yang sering dikaitkan dengan bekerja dalam cuaca yang panas.Penyenggaraan aircon bukan sahaja diperlukan, bahkan sebahagian daripada kehidupan orang Kajang ,Cheras ,Balakong.
Baca lagi:
-
10 Sebab Mengapa Aircond Tak Sejuk
-
Tips Untuk Membeli Penghawa Dingin Mudah Alih
-
Cara Penggunaan Air-Cond Yang Betul Untuk Jimat Elektrik
Untuk orang Malaysia yang bergantung kepada penghawa dingin, adalah sesuatu yang menyeksakan apabila berada di tempat dimana aircond rosak. Hasilnya, produktiviti pekerja dan keuntungan syarikat F&B / perkedaian akan menurun secara mendadak. Ramai yang tidak dapat tidur lena kerana cuaca yang terlalu panas.
Oleh kerana aircondakan mengedarkan udara di dalam bilik, adalah penting untuk memastikan udara yang diedarkan itu bersih. Mungkin ada bakteria atau fungi berbahaya yang tumbuh dan membesar dalam gegelung air-cond. Udara yang kotor membawa kandungan bakteria yang berbahaya jika disedut.Kanak-kanak dan mereka yang mempunyai asma amat sensitif kepada udara yang kotor. Mereka mungkin akan mengalami simptom alahan dan jatuh sakit sekiranya berada di bilik berhawa dingin dalam tempoh yang lama. Kerap kali, bau lemau atau busuk dapat dikesan apabila kotoran tersangkut dan keluar sekali dengan aliran udara.
Air conditioning yang tidak disenggara dengan kerap tidak akan berfungsi mengikut pengesyoran pengeluar ( contohnya, tidak cukup sejuk seperti yang dipamerkan di thermostat), justeru akan berkurang dari faktor keberkesanan dalam menyejukkan suhu. Bunyi bising dan getaran juga akan meningkat. Pembocoran air-cond juga boleh berlaku, disebabkan oleh sistem saliran yang tersekat.Semua ini boleh membawa kepada penggunaan elektrik berlebihan dan kesengsaraan pengguna.
Oleh yang demikian, adalah wajar untuk mengekalkan unit aircon dalam keadaan terbaik sepanjang masa.Ini bermakna perlunya regim penjagaan yang kerap. Penyenggaraan aicond yang disediakan oleh syarikat penyenggaraan air-cond profesional datang dalam pelbagai bentuk, bergantung kepada jenis pengeluar air-condition, tahap penggunaanya, dan faktor persekitaran yang lain. Yang asas merangkumi; menyedut habuk yang terkumpul; mencabut dan mencabut dan membersih penapis; membersihkan unit pemeluwapan, gegelung penyejat, roda peniup dan bilah kipas, dulang saliran; membersih paip saliran; mengesan masalah bunyi; sistem penyejukan dan komponen elektrik. Banyak syarikat penyenggaraan juga menyediakan cucian kimia untuk unit air-condition, seperti cucian kimia untuk gegelung penyejat, yang membantu membuang kotoran degil yang tidak boleh dibuang dengan mudah dengan cucian cara biasa. Pada masa yang sama, para teknikal juga akan melakukan penyemakan untuk sebarang kerosakan, seperti yang disebabkan pembocoran gas air-condition; juga memastikan semua bahagian berfungsi sebaiknya. Dalam cucian secara menyeluruh, bahagian air-condition dipisahkan dan dicuci secara kimia untuk membuang sebarang sekatan atau kewujudan bakteria. Tambahan itu, gas penghawa dingin akan ditambah semula. Secara umum, adalah disyorkan untuk menyenggara unit aircon bagi rumah setiap 3 bulan dan sekali sebulan bagi penggunaan industri.
Senarai harga murah untuk perkhidmatan umum penyaman udara:
Senarai harga murah untuk perkhidmatan cuci kimia penyaman udara :
Note: ∗ Senarai semua harga di atas hanya untuk jenis ac yang bukan inverter (non-inverter)
Air conditioning yang teah disenggara dengan baik akan berfungsi secara optimum, yakni menjimatkan penggunaan elektrik, menyediakan persekitaran yang segar, sihat dan bersih dan mengurangkan keperluan untuk mengganti komponen. Jangka hayat air-condition tersebut juga lebih panjang. Penyenggaraan yang kerap adalah cara terbaik untuk mengelakkan sebarang masalah dariipada timbul dan memastikan aliran sejuk dan bersih yang konsisten bagi semua.
Perkhidmatan Penyenggaraan Aircond Di Kajang , Cheras , Balakong dan Seri Kembangan
Air-condition digunakan secara meluas hampir di setiap rumah di Kajang, Cheras, Balakong. Malaysia terletak di benua berdekatan ekuator justeru sering mengalami cuaca lembap dan panas.Saya boleh katakandengan yaking bahawa aircon telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita.
Ramai yang mempunyai anggapan yang salah, iaitu penyaman udara tidak perlu disenggara sehinggalah ia mula bermasalah. Ironinya, khidmat nasihat dan penyenggaraan daripada tukang baiki aircon juga pasti akan mengenakan kos pada anda, justeru adalah baik untuk mengetahui jenis perkhidmatan yang diperlukan bagi waktu-waktu tertentu dan perkhidmatan apa yang boleh anda biarkan buat seketika.
Walau bagaimanapun, saya terpaksa memberitahu satu berita buruk kepada anda, bahawa anda tidak boleh memilih antara perhidmatan tetapi terpaksa menerima semua perkhidmatan yang disyorkan oleh tukang service air condition yang professional. Berita baiknya pula anda mendapat kebaikan dalam jangka masa lama dengan menyenggaraair condition anda secara berkala.
Dibawah adalah senarai mengapa anda perlu menjalankan penyenggaraan dengan kerap untuk air-condition anda.
Sebab 1 – Sistem akan berjalan lebih lancer dan udara lebih sejuk
Buat masa ini anda mungkin masih berasa bahawa penyaman udara anda sejuk tetapi adakah ia berfungsi sebaik dahulu? Sekiranya air-con anda tidak disenggara untuk tempoh masa yang lama, ia mungkin tidak se-efisien seperti dulu. Adalah kebiasaan bahawa setiap sistem perlukan penyenggaraan dari semasa ke semasa, pembersihan atau penukaran komponen untuk memastikan ia bekerja dan berjalan dengan lancar dan sentiasa mengalirkan udara yang sejuk.
Sebab 2 – Mempunyai udara yang segar dan bersih
Beberapa komponen dalam sistem aircond perlu dibersihkan atau disenggara pada setiap masa.Ia akan memberi kesan kepada kualiti udara yang dialirkan dari air condition. Apabila anda tidak membersihkan sistem aircond anda, udara yang anda sedut tidak sebersih dan sesihat yang sepatutnya. Setiap kali anda meminta tukang baiki professional untuk membersihnya, sentiasa ingat untuk bertanya bilakah waktu terbaik untuk mencuci bahagian-bahagian tersebut, etc
Sebab 3 – Sebarang isu besar seperti kebocoran air
Sekiranya anda kerap menyenggara air condition anda, anda boleh duduk dengan senang-lenang dan kurangnya kerisauan. Seorang tukang baiki professional akan menyemak, mengesan dan membetulkan sebarang potensi masalah sebelum ia menjadi isu besar, yang kemudiannya akan menyebabkan penghawa dingin anda tidak berfungsi. Anda mungkin akan terfikir-fikir apa akan terjadi kepada penyaman udara anda sekiranya ia tidak menghasilkan apa-apa bunyi namun anda masih dapat merasa kesejukan di udara. Ya, masalah dan situasi boleh berlaku pada saat yang anda tidak dijangka.
Sebab 4 – Kos penyenggaraan yang tidak dijangka
Anda harus memiliki pemikiran untuk menyelesaikan masalah kecil sebelum ia bercambah menjadi masalah besar. Dengan cara ini, anda akan menyimpan wang yang banyak dalam jangka masa lama. Secara ideal, menyelesaikan masalah kecil dan besar adalah lebih mudah berbanding masalah besar dan akan mengenakan kos yang tinggi kerana ia mula memberi kesan buruk terhadap asas sistem penyaman udara anda.
Sebagai kesimpulan, sistem penyaman udara anda akan mempunyai jangka hidup yang lebih lama sekiranya anda menyenggara secara berkala. Penghawa dingin adalah satu pelaburan yang mahal.Lebih lama anda dapat menggunakan penyaman udara anda, lebih baik pelaburan anda. Oleh itu, menggunakan perkhidmatan professional dapat membantu anda mengurangkan kos dalam jangka masa panjang.