Penghawa Dingin Mudah Alih – Portable Aircond Reviews


portable aircond murahPortable aircond mudah alih adalah pilihan yang terbaik untuk pangsapuri yang kecil berbanding unit air-condition lain seperti unit di tingkap yang mungkin dilarang oleh tuan rumah atau peraturan perumahan swasta. Unit-unit ini sangat mudah dikendalikan, jadi anda boleh alihkan dari satu bilik ke bilik yang lain seperti dari ruang tamu pada waktu tengah hari ke bilik tidur pada waktu malam. Oleh sebab unit-unit ini direka bentuk untuk dialihkan dengan kerap, semua air-cond mudah alih mempunyai roda untuk membantu anda menggerakkan ia ke mana saja anda perlukan.

Jika anda tidak mempunyai pusat aircond, anda mungkin mahu pertimbangkan model mudah alih. Tidak seperti air-cond di dinding, anda boleh mengalihkan penghawa dingin portable ke mana-mana bilik pilihan anda. Pemasangan yang ringkas adalah supaya anda boleh menikmati udara sejuk daripada air condition mudah alih anda dengan serta-merta. Walaupun anda mempunyai pusat udara, sebuah air-condition yang ringkas dan padat boleh menyumbang udara dingin di dalam bilik yang panas, terutamanya di tingkat kedua dan ketiga rumah atau pangsapuri anda.

Apabila anda telah membuat keputusan untuk membeli air condition, anda ingin mengetahui pelbagai pilihan yang ada. Model mudah alih didatangi dengan tahap BTU yang berbeza, bermula dengan kurang daripada 8,000 sehingga lebih daripada 12,000. Pilihan yang terbaik untuk bilik anda bergantung kepada saiz ruang anda. Justeru itu, mengetahui dimensi bilik anda sebelum membuat pembelian adalah satu idea yang baik.

 

ADA MASALAH DENGAN AIRDOND ? SILA CLIK SINI UNTUK DOWNLOAD EBOOK PERCUMA

Anda akan menyukai fleksibiliti yang ditawarkan oleh air-condition mudah alih. Seperti penyaman udara di tingkap, unit aircondition portable mudah alih senang digerakkan, sama ada dari bilik ke bilik atau ke rumah yang lain. Model-model ini boleh disimpan dengan senang sama ada di dalam almari ataupun di bilik bawah tanah.

Ciri-ciri seperti penentu masa, alat kawalan jauh dan kelajuan kipas yang berbeza membuatkan perkakas serba guna ini lebih membantu. Beralihlah ke Sears untuk mencari air-condition portable mudah alih yang terbaik bagi rumah anda.

portable aircond

Tidak seperti penyaman udara kecil yang lain, unit-unit ini tidak diletakkan di dalam bingkai tingkap tetapi sebaliknya ia diletakkan di dalam bilik yang anda ingin sejukkan. Air-cond portable mudah alih masih perlu menggunakan tingkap untuk mengeluarkan udara panas dari bilik melalui hos ekzos yang dikeluarkan melalui tingkap. Selalunya, memasang lubang ekzos di bingkai tingkap adalah cepat, mudah dan tidak melecehkan berbanding air-cond yang lain tetapi ia masih mengambil beberapa minit untuk penyediaan yang betul. Malangnya, peralatan tingkap ini cenderung menjadi kelemahan pada air-cond mudah alih; pemasangan yang tidak betul boleh mengakibatkan kebocoran udara panas melalui tingkap bilik yang anda ingin sejukkan.

Baca :

10 sebab mengapa aircond saya tidak cukup sejuk

5 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Tentang Penghawa Dingin

 

Adakah air-cond portable mudah alih sesuai untuk anda?

Semua air-condition berkongsi elemen reka bentuk yang sama seperti mekanisme penyejukan, mod operasi, dan semuanya memerlukan beberapa tingkat pemasangan. Elemen utama yang membezakan air-condition portable mudah alih daripada reka bentuk yang lain ialah kemudahalihannya. Unit-unit ini direka untuk dialihkan dari satu bilik ke bilik yang lain untuk menolong anda sentiasa selesa walau di bilik mana anda berada. Sebagai contoh, jika anda menghabiskan kebanyakan masa tengahari di dapur atau ruang tamu, anda boleh letakkan air-cond mudah alih untuk sentiasa menyejukkan anda apabila suhu musim panas pada tahap yang paling panas. Bila malam tiba, anda boleh dengan mudah dan cepat mengalihkan ia ke bilik tidur anda untuk mengawal suhu pada waktu malam.

 

 

Walau bagaimanapun, jika air-cond jenis portable tidak sesuai untuk anda, ada pilihan-pilihan lain yang anda boleh pertimbangkan. Jika anda mencari penyelesaian jangka masa panjang untuk menyejukkan bilik di rumah anda, penghawa dingin dinding adalah pilihan yang terbaik. Unit air cond ini berbeza daripada model lain di mana ia kelengkapan kekal di rumah anda. Untuk memasang aircon di dinding, anda mesti membuat lubang di dinding luar rumah dan memasang aircond di dalam lubang tersebut. Unit ini kemudian dimeterai di satu tempat dan menarik udara luar ke dalam unit, sejukkan dan kemudian meniup udara sejuk ke dalam rumah anda. Jika anda mencari penambahan kekal di dalam rumah, anda boleh membaca ulasan-ulasan kami tentang aircondition dinding.

Jika penyaman udara yang dipasang di dinding secara kekal bukan apa yang anda cari, anda boleh pertimbangkan penyaman udara di tingkap yang menggabungkan efisiensi unit dinding dan kemudahan pergerakan seperti unit portable mudah alih. Air condition ini, seperti namanya, diletakkan di bingkai tingkap. Unit ini bagus jika anda ingin bilik yang tertentu selesa, seperti bilik tidur, tetapi tidak mahu menebuk dinding untuk memasang unit tersebut.

 

 

Penyaman Udara Mudah Alih – Aircon Portable : Apa yang kami nilai, apa yang kami dapati

Dalam penilaian kami terhadap unit aircond mudah alih, kami mempertimbangkan kebolehan menyejukkan dan efisiensi tenaga dengan lebih berat dari ciri-ciri dan elemen yang lain. Fungsi yang utama dan paling utama bagi penyaman udara mudah alih ialah semestinya untuk mengawal suhu dalam bilik anda dan memberi keselesaan. Jika sebuah service aircon tidak boleh menjalankan fungsi ini, ia tidak menjalankan tujuannya. Oleh itu, kami mengambil kira kebolehan setiap unit untuk menyebarkan udara sejuk ke seluruh bilik, beroperasi dalam pelbagai mod untuk menjalankan fungsi yang berbeza dan beroperasi dengan efektif.

Kami mempertimbangkan efisiensi tenaga setiap unit dan membuat anggaran kos operasi tahunannya. Elemen ini penting jika efisiensi tenaga adalah penting bagi anda dan anda ingin mengurangkan bil elektrik anda.

Semasa proses penilaian kami, kami mengambil kira ciri-ciri mudah guna seperti mod operasi pelbagai unit tersebut. Mujur setiap unit yang kami periksa mempunyai alat kawalan jauh dan penentu masa yang boleh diprogram, jadi anda boleh mengawal air-cond dari jauh dan setkan ia untuk buka atau tutup pada masa tertentu.

Reka bentuk keseluruhan juga antara pertimbangan yang utama. Jika anda inginkan unit mudah alih, pastikan ia cukup ringan untuk dialihkan dari bilik ke bilik dengan mudah. Selain itu, ambil kira tahap kesenyapan bila beroperasi. Bolehkah anda tidur apabila unit sedang digunakan? Anda perlukan masa untuk membiasakan diri dengan unit yang bising atau mungkin terlalu bising jika digunakan. Purata tahap desibel ia mudah alih ialah 52 desibel, bersamaan dengan tahap kebisingan perbualan normal antara dua orang.

Yang terakhir, jika anda mencari penyaman udara portable mudah alih, pastikan pengilang mempunyai sumber tertentu yang boleh membantu jika ada apa-apa masalah atau soalan secara umumnya. Cari produk-produk yang menyediakan manual atas talian dan boleh dimuat turun, soalan-soalan yang selalu ditanya dan talian telefon atau sokongan dalam emel.

 

Baca lagi :  7 sebab kenapa aircond saya tidak berfungsi?