Virus Zika : Kenapa Ia Bahaya dan Langkah Pencegahan


zika virus

Apa itu virus Zika?

Demam Zika adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus Zika. Virus Zika disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan vektor yang sama untuk penyakit demam denggi dan chikukunya.

Nyamuk ini agresif pada waktu siang. Mereka juga boleh menggigit pada waktu malam.

Virus Zika pertama kali ditemui di Hutan Ziika di Uganda pada tahun 1947. Kes pertama jangkitan Zika pada manusia dikesan pada tahun 1952 di Uganda dan Tanzania.

Wabak Zika yang ada sekarang bermula di Brazil pada bulan Mei 2015 dan telah merebak ke banyak negara di Amerika Latin.

Wanita hamil yang dijangkiti virus Zika akan menjejaskan bayi dalam kandungan.

 

Microcephaly adalah masalah neurologi di mana bayi yang dilahirkan mempunyai kepala yang lebih kecil dan kadang kala otak yang kecil.

Mengikut kenyataan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus Zika menular dalam masa yang singkat di benua Amerika. Kenyataan ini dipandang berat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana risiko penyebaran jangkitan virus Zika ke Malaysia adalah tinggi. Faktor penyebab adalah seperti berikut:

  • Nyamuk Aedes, pembawa jangkitan virus Zika boleh didapati di Malaysia.
  • Hasil pemeriksaan premis di seluruh Malaysia mendapati negara ini mempunyai kepadatan nyamuk Aedes yang sangat tinggi. Selain itu, kita juga menanggung masalah denggi yang disebabkan oleh nyamuk Aedes juga.
  • Virus Zika tidak mempunyai ubat khas dan tiada vaksin sama seperti denggi. Oleh sebab itu, orang yang dijangkiti virus ini berpotensi menyebarkan virus tersebut kepada orang lain.

zika Microcephaly

 

Simptom Utama Demam Zika

Satu daripada empat orang mungkin mempunyai simptom menyerupai demam denggi.
Berikut adalah tanda-tanda dan gejala jangkitan virus Zika pada manusia:

  • Demam ringan
  • Sakit kepala
  • Sakit sendi / otot
  • ruam kemerahan timbul di kulit badan

Simptom di atas biasanya berlarutan sehingga 2-7 hari.

Simptom zika

Rawatan

Virus Zika tidak mempunyai vaksin namun menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Rawatan yang diberi hanyalah untuk mengurangkan gejala yang dialami oleh pesakit serta mengambil ubat demam mengikut saranan doktor.

Pesakit dinasihatkan:

  • Mengehadkan pergerakan dan berada di rumah sehingga tanda-tanda dan gejala telah tiada.
  • Minum banyak cecair seperti susu, jus buah-buahan, minuman isotonik dan air barli . Meminum air kosong sahaja tidak mencukupi.
  • Makan ubat demam seperti Paracetamol mengikut nasihat doktor
  • Berehat secukupnya.
  • Lap badan dengan kain basah bagi mengurangkan suhu badan

Langkah Pencegahan Virus Zika

Pencegahan Virus Zika

Nyamuk Aedes menggigit tidak kira siang atau malam. Mereka sangat aktif pada waktu pertengahan pagi dan lewat petang. Oleh itu, adalah penting untuk mengurangkan kemungkinan digigit nyamuk Aedes.

Ada pelbagai cara untuk mencegah gigitan nyamuk Aedes, cara yang terbaik adalah dengan menggabungkan kaedah yang berlainan. Anda tidak perlu membeli sut Hazmat tetapi memakai baju lengan panjang dan seluar panjang adalah permulaan yang kukuh. Kasut dan stokin juga lebih baik daripada sandal kerana nyamuk pembawa Zika lebih tertarik pada bahagian kaki.

 

Menggunakan penghalau serangga untuk mengelakkan gigitan nyamuk

Penghalau seranggga yang mengandungi DEET, Picaridin, IR3535, beberapa minyak lemon dari Eucalyptus dan dari produk para-mentana-diol diketahui dapat memberikan perlindungan tahan lama. Namun produk yang mengandungi minyak lemon Eucalyptus tidak disarankan digunakan pada anak di bawah tiga tahun.

pencegahan zika

Penghalau serangga sepatutnya disapu selepas memakai losyen pelindung cahaya matahari. Jika tidak, SPF pada losyen anda menghalang fungsi penghalau serangga. Elakkan menyembur penghalau serangga pada luka.

Yang paling penting, jangan lupa untuk menyembur pada buku lali dan kaki anda. Nyamuk Aedes yang membawa virus Zika lebih tertarik pada bahagian kaki. Untuk melindungi anak, semburkan penghalau serangga pada tangan anda sebelum menyapukannya ke kulit anak. Elakkan daripada terkena mata dan mulut kanak-kanak dan sembur di bahagian telinga dengan berhati-hati. Ikuti arahan produk untuk penggunaan semula.

Perlindungan rumah dari nyamuk (Langkah pencegahan nyamuk di dalam dan luar rumah)

zika prevention

Nyamuk yang membawa virus Zika tidak kisah untuk berada di kawasan tertutup kerana is sukakan waktu siang dan senja. Pastikan tingkap tidak rosak dan jangan biarkan pintu terbuka untuk menghalang nyamuk masuk ke rumah.

zika virus

Anda juga mestilah prihatin dan bersihkan sebarang takungan air tidak kira di dalam atau luar rumah. Buang tin-tin kosong, tayar lama dan pelapik dan apa saja yang boleh menakung air sekurang-kurangnya setiap minggu. Nyamuk juga boleh bertelur di dalam gelas berisi air, jadi pastikan anda buang dan bersihkan bekas-bekas air tersebut selalu.

 

Hidupkan penghawa dingin di rumah

Gunakan penghawa dingin di rumah jika boleh. Peredaran udara mengelirukan serangga dan menjadikan lebih susah bagi mereka untuk mengesan mangsa untuk digigit. Nyamuk sukakan karbon dioksida dan haba, dua benda yang dihasilkan oleh badan kita secara kerap. Penghawa dingin membantu merendahkan suhu badan kita. Tidur menggunakan kelambu jika tiada penghawa dingin atau ketika tidur di luar. Kurangkan aktiviti luar waktu nyamuk sedang aktif.

air cond service

Baca:  10 sebab mengapa aircond saya tidak cukup sejuk

 

Pastikan Luar dan Dalam rumah bersih

Nyamuk Aedes aktif pada waktu siang dan terbang ke dalam rumah untuk berlindung. Ia hidup dan membiak begitu dekat dengan manusia. Hanya sesudu air boleh menjadi tempat nyamuk membiak dan menghasilkan 300 nyamuk. Ia boleh membiak di dasar gelas seperti yang kita gunakan untuk meletak berus gigi atau di bahagian sink. Hapuskan air bertakung di seluruh rumah, termasuk pasu bunga, botol dan sampah sarap. Kalau rumah anda mempunyai kolam renang, tak perlu keringkan kolam anda kerana nyamuk terhalang oleh klorin yang memastikan kolam bersih dan selamat untuk berenang.

zika nyamuk

Mengembara dengan bijak

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menolak untuk mengeluarkan sekatan perdagangan atau perlancongan yang berkaitan dengan virus Zika yang merebak ke sepanjang Caribbean dan Amerika Latin. Cara terbaik bagi mengelak virus Zika adalah dengan mengelak dari pergi ke kawasan yang terjejas. Jika anda tetap perlu pergi ke negara yang terjejas dengan Virus Zika, pastikan anda dalam kawasan berhawa dingin, gunakan kelambu ketika tidur dan sentiasa gunakan penghalau nyamuk.

mengelak kawasan Zika

Jika anda hamil, bincang dengan doktor anda dan cuba pertimbangkan semula percutian anda. Jika percutian anda telah dirancang lebih awal, periksa pilihan yang ada dengan syarikat penerbangan.

Jika anda membuat keputusan untuk pergi ke kawasan yang dijangkiti Virus Zika, pakar kesihatan menyarankan untuk mengambil langkah berhati-hati dengan gigitan nyamuk, seperti penghalau serangga, memakai pakaian berwarna cerah yang menutup hampir keseluruhan badan anda dan gunakan kelambu untuk tidur. Ibu –ibu mengandung atau wanita yang sedang dalam cubaan untuk mengandung perlu mendapatkan khidmat nasihat dari pusat kesihatan mereka sebelum meneruskan perjalanan ke negara yang terjejas Zika.

Elakkan serangga di tempat tinggal anda

 Zika virus
Pilih bilik hotel atau tempat tinggal yang mempunyai penghawa dingin atau tingkap dan pintu yang mempunyai jaring supaya serangga tidak dapat masuk. Jika serangga dapat masuk ke tempat tidur anda, tidur di dalam kelambu mengandungi permethrin yang boleh diselit ke bawah tilam. Apabila di luar, gunakan penghalau serangga (seperti ubat nyamuk) yang mengandungi metofluthrin atau allethrin.

Bagaimana membuat perangkap nyamuk menggunakan botol plastik

Anda boleh mengurangkan nyamuk dengan mudah di kediaman anda menggunakan DIY perangkap botol plastik yang akan menarik dan membunuh nyamuk. Cecair di dalam setiap perangkap ini boleh bertahan selama 2 minggu dan mudah untuk digantikan.

 

 

perangkap nyamuk zika

Photo credit : www.wikihow.com

 

Sila sediakan barang berikut :

  • Botol plastik 2 liter
  • 1 pen marker
  • 1 pemotong kotak
  • 1 tali pengukur
  • ¼ cawan gula merah
  • 1 cawan air panas
  • 1 gram yis
  • 1 cawan pengukur
  • Pelekat

Cara-cara:

  1. Potong botol kepada dua
  2. Ukur ¼ cawan gula merah
  3. Panaskan air
  4. Tuangkan air panas dan gula ke dalam botol yang telah dipotong dua
  5. Biarkan campuran sejuk
  6. Masukkan yis
  7. Letakkan separuh botol di atas dengan muncung menghala ke bawah
  8. Kemaskan dengan pelekat

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *